TEMPOYAK IKAN BILIS + PUCUK UBI RAMPAI



TEMPOYAK IKAN BILIS + PUCUK UBI RAMPAI


Assalamualaikum...

Semua-semua mesti dah tak lalu nak makan juadah raya lagikan.. ketupat rendang semua tu... paling tahan pun makan 2 hari jer,

Sebenarnya,
Tempoyak Ikan Bilis + Pucuk Ubi Rampai ni, Bonde masak pada hari raya ke 3... biasalah dah musim durian, jadi senanglah nak cari tempoyak ni...

baiklah jom tengok resepi nak buat lauk ni.

Bahan-bahan :


300 g -Tempoyak
1 kg -Santan kelapa
100 g - Ikan Bilis
30 g - Cili api - dikisar
5 Batang Serai - di hiris dan di kisar
1 Ikat Pucuk ubi - di potong rampai
Daun kunyit - di potong rampai
2 biji bawang besar - di potong bulat
5 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - di kisar
Serbuk kunyit
garam
minyak untuk menumis

Cara memasak :

Tumiskan bawang, bawang putih yang telah dikisar,setelah itu, masukan cili api dan serai yang telah di kisar tunggu sehingga garing. Masukan Ikan Bilis dan tempoyak gaul bagi rata, masukan santan, setelah santan mendidih masukkan pucuk ubi dan daun kunyit serta baawang yg telah dipotong bulat, tunggu sehingga pucuk ubi empuk gunakan api sederhana.

Untuk rasa masukkan sedikit garam dan untuk warna masukkan serbuk kunyit.

Kacau sehingga santan menjadi sedikit kering.. 
setelah itu... bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba :)

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

12 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.