Assalamualaikum... Salam Petang...
Lepas makan kami dibawa Shopping Ke Nora Plaza... Kami jalan berlima kat sini dan kemana-mana pon berlima ha ha ha... sesuka hati jer
Disitu.. Kami diperkenalkan dengan Sarang Burung...Kedai menjual sarang burung ni ada kat pintu masuk Nora Plaza tu jer...
Disebabkan dah sampai kat sini apa salah kita cuba yea tak?
Perisa Sarang burung yang ada
Kami Minum Perisa Longan Sedap rupanya...Bonde share dengan Jelin ....
semangkuk 200 Baht
Chrysanthemum Tea tanpa gula percuma tau ....
Percuma memang sedaplahkan
Mai rase Secawan
Kesian atul kene habiskan sebab dia makan semangkuk seorang he he he
Lepas makan tu kami pi lah cuci mata kat dalam... sini femes barangan kulit
kulit Kambing, Buaya dan kulit Pari
Suka tengok hasil barang terpakai tin minuman
Tut tut pon ade
Ni beg home made tau cantik2
Kat sini tak terpikir nak beli ada dok jalan-jalan cuci mata je mood membeli belum datang he he he
Satu lagi kedai Nora Plaza untuk bahan-bahan kering, kacang-kacang, sotong-sotong dan pes Tom Yum yang halal dan femes
Selfie sikit he he he
Nak makan tak? ulat pokok, dah jadi keropok tak tau apa rasanya sebab tak?sebab tak rasa pon eke ke ke geliii
Pes Tom Yum yang dipromote oleh travel agen sedap dan halal
Bonde beli 1, tapi di Danok masa nak balik Malaysia
1600 Baht bersamaan RM 16.00
Kak Yan Nak jadi promoter kacang jap he he he
Kacang ni femes kat Langkawi sini 3 Tin Rm 10 ,Sama harga macam Langkawi juga :) Bonde tak beli jugak sebab target nak beli kacang gajus jer.
Ok seterusnya kami akan ke Floting Market...
Tunggu Entri seterusnya yea...
~ BONDE :) RIANG ~
Kebaikan Sarang Burung
Kebaikan Sarang Burung
Rahsia mengenai khasiat sarang burung walet (spesis daripada keluarga burung layang-layang). Cuma sejak kebelakangan ini ia mula diketahui umum serta mula mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung walet ini.
Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Sarang burung walet ini juga mampu mengubati KANSER dan HEPITITIS B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.
Antara khasiatnya yang ketara ialah:-
· Melancarkan system aliran darah yang betul ( mencegah kepucatan )
· Melegakan pernafasan & paru-paru
· Membetulkan system urat saraf ( termasuk warga emas )
· Memperbaiki sistem buah pinggang ( terutama pesakit diabetic )
· Memutih, melicinkan muka ( terutama bagi wanita hamil )
· Menghilangkan kedut kedut muka
· Mencantik & mengimbangkan struktur badan
· Menyegarkan mata dan membaiki aliran darah & urat mata
· Asma (lelah)
· Membuang air dalam paru paru atau lemah paru2 atau berair)
· Agen memperbaiki hepatitis B & kanser
· Meninggikan IQ (orang dewasa dan kanak kanak)
· Batuk batuk kronik atau deman panas
· Untuk tenaga batin
· Menghasilkan sperma bagi lelaki & Menghasilkan / peningkatan telur dalam ovari
· Merupakan makanan sehat bagi para perokok, serta mengurangi effect yang ditimbulkan dari nicotin.
· Penambahan selera makan terutama bagi warga emas
Terdapat Info & Pic dari google
14 Ulasan
Sarang burung tak pernah try lagi
BalasPadamKak Azie sedap rupenye firsttime toray... bolehlah diterima dek tokak he he he
Padamsedapkan bonde, tapi ni makanan orang2 kaya hihi :)
BalasPadamMakanan kesihatan dan untuk awet muda gitu
Padambagus kan minum sup sarang burung nih...tp mahal..
BalasPadamMemang bagus sop sarang burung ni
PadamBanyak betul yang pelik-pelik kat sana ye. Ulat pokok lah. Kulit buaya, peh. Seram. Tapi untunglah dapat rasa sarang burung bonde. Kat Mesia orang kaya je yang makan =)
BalasPadamHa ah kat Malaysia Mahal...
PadamKat Korea pulak ginseng mahal he he he
wah bestnya bonde. terasa nak pergi je sana :D
BalasPadamKC jom buat trip untuk EFG
Padammacam nak cuba la sup sarang burung RM20 semangkok ..org kata baik utk kesihatan, makan banyak sup sarang burung akan bertambah riang..kan bonde kan?
BalasPadamhe he he betul tu...
Padammasa kat Hat Yai diorang kata akan 10 tahun muda ha ha ha
ok. Noted. Tq.
BalasPadamha ha ha
Padam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.