REVIEW FILEM SUAMI AKU USTAZ



Assalamualaikum & Salam Tengahari, Jom baca Riview Filem Suami Aku Ustaz....


Pertama sekali nak ucap terima kasih kepada Kak Qaseh, dari Teamumieofficial yang bagi peluang untuk bonde menonton Suami Aku Ustaz tayangan Perdana di Cathay Cineplexes Ecurve, Damansara.

Tahniah diucapkan kepada Penulis Hannah Dhaniyah kerana terhasilnya novel Suami Aku Ustaz dan adaptasi pula ke filem.

Tahniah juga kepada Dato Muzri dan Penerbitan Karya Seni Kerana terhasilnya.. Filem Suami Aku Ustaz di pawagam seluruh Malaysia.

Tayangan pada malam ni 5 Mei 2015 didatangkan bersama semua pelakon-pelakon dalam filem ini, ini peluang besar peminat dapat beramah mesra bersama pelakon filem dan bergambar kenangan.

Selain itu ada juga artis lain turut menghadiri tayangan pada malam ini.




Cover Novel Baru ada gambar pelakon sekali, Novel asalnya cover lain.. x de gambar pelakon tau :)
Nak tau sipnopsis Suami Aku Ustaz 

Sinopsis:


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?


“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”


Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”


Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?


“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”


Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian.





Para Pelakon :

Adi Putra- Ustaz Hafiz
Nora Danish- Alisa
Izzue Islam -Johan
Betty Ramat - Wati
Jue Aziz - Cikgu Liana


Review Suami Aku Ustaz :



Untuk watak Alisa

Nora Danish pandai melakonkan watak Alisa sama seperti dalam Novel seorang remaja yang agak periang, lasak dan suka kebebasan, Alisa tidak dapat terima bahawa Dia dipaksa kahwin "arghhhh kene kahwin paksa" dengan abang sepupunya pula.

Kerana Pilihan keluarga akhirnya Alisa turutkan juga kemahuan orang tuanya.. Perkahwinan mereka terpaksa di rahsiakan kerana Alisa tak mahu orang lain tahu tentang Pernikahannya dengan ustaznya Sendiri.  Lebih parah ustaz tu yang mengajarnya di Sekolah... Alisa terpaksa berlakon seperti tidak ada yang berlaku...


Untuk watak Ustaz Hafiz

Adi Putra memang sesuai melakonkan watak ni... watak yang sangat sopan dan ciri-ciri seorang ustaz terselah sekali dan seorang suami yang taat kepada ajaran Islam memilih Alisa kerana rasa sayang kepadanya.

Adi Putra melakonkan ciri-ciri "Suami Mithali" anda pasti tak kelip mata tengok tau! nampak manis tapi dalam ketegasan.

Situasi yang paling manis bila setiap kali Ustaz Hafiz mengajar dalam kelas Agama, Ustaz Hafiz akan bertanyakan soal jawab perkahwinan kepada Alisa. secara tak langsung kita diluarpun belajar sama soal jawab perkahwinan tentang aurat dan dosa seorang wanita bergelar isteri.


Untuk watak Johan


:Hahhh kuatkan angkat basikal" peeewit basikal orang yg tersayang katanya sanggup je nak angkat... berkoban untuk orang tersayang apa salahnya.

Izzue Islam memang sangat sesuai melakonkan watak Johan kerana gandingan yang serasi bersama Alisa sebagai remaja yang masih bersekolah dan kedua pelakon ini memang bersahaja melakonkan watak sebagai kawan sekolah dan kawan sekampung, memang sejak kecil dia berkawan dengan Alisa.. watak remaja yg mereka lakonkan memang sangat menjadi.

sememangnya Johan ada hati dengan Alisa, tapi Alisa hanya anggap kawan baik.. Alisa banyak menghabiskan masa bersama Johan di sekolah dan diluar waktu sekolah itu membuatkan hati Johan mula ingin mendekati Alisa dan lebih dari seorang kawan.




Bagi bonde...


Cerita dari penulis novel sebenarnya ada juga yang berkaitan dengan pengajaran ilmu agama islam dan ciri-ciri islamic ada dalam beberapa babak dalam filem ni.


Filem ni nak beritahu kepada pembaca yang Jodoh Pilihan ibu/bapa untuk anaknya bukan lah seteruk yang disangkakan...oleh sianak, kadangkala memikirkan ibu/bapa kejam kerana sianak tak boleh nak buat pilihan sendiri.  Sebenarnya pilihan ibu/bapa sememangnya yang terbaik... mana ada ibu/bapa nak melihat anaknya sengsara..dan derita.
Kebanyakan ibu/pada akan  bahagia bila lihat anaknya bahagia hidup bersama pasangannya.


Untuk anda diluar sana :
InsyaAllah cinta selepas perkahwinan boleh dicipta andai redha dengan hati yang ikhlas terima Jodoh yang telah 
ditakdirkan untuk anda.


InsyaAllah, Bahagia hingga jannah.

Baiklah,
bagi anda yang belum menonton filem "Suami Aku Ustaz" jangan lupa tonton pada 14 Mei 2015 nanti dipawagam-pawagam berdekatan di seluruh Malaysia.



Lagu OST Suami Aku Ustaz
Lirik Lagu Cintaku Kernamu Adiputra & Betty 


Tuhan pertemukan aku dan dirimu

cinta dan harapan kan ku persembahkan


menjaga hatimu mendamba dirimu sayang...

Meskipun bibirku berat melafazkan


Namun dihatiku bertakhta cintamu

Biarpun jaraknya jauh memisahkan kita



Senyum tawamu menghias hidupku


Dan hati pun pantas berkata

Kaulah nafasku

Engkaulah nadiku

tanpamu ku rasa sesuatu

Tuhan kau jaga dirinya untukKu

Ku Tak mahu kehilangannya
Tuhan kau jaga hatinya untukKu
Cintaku kernaMu

Ya Allah..

Visit:

http://www.liriklagumuzika.com


Sumber : 

http://www.liriklagumuzika.com/2015/01/lirik-lagu-cintaku-kernamu-adiputra.html#ixzz3ZRAhB2NM

Sumber Pic :
Google
FB Karyaseni




terima kasih 
hadiah karyaseni

Bonde Senyum Riang




Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. untung Bonde tengok filem awal dari pawagam ye :) tq jemput kak ana hari tu faktor masa yang tak bersesuaian... #love ADP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kak ana boleh review pada 14 Mei yea.. :)

      Padam
  2. Mcm best je bonde...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Afidah Azmi Boleh review filem ni nanti pada 14 Mei

      Padam
  3. Nie kalau bgtau wife..tentu dia ajak tengok..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muhammad Zarin
      Sweet tau bawa wife tgk wayang, bawa tau nnt pada 14 Mei :)

      Padam
  4. seronok menonton dengan bonde....memang best dan tak sia2 pergi ....jemput baca

    http://dila79inperson.blogspot.com/2015/05/review-tayangan-perdana-filem-suami-aku.html?m=1

    BalasPadam
  5. alhamdulillah... tq bonde atas review filem SAU dan secara tak langsung mempromot novel SAU. mudah2an filem dan novel bagi manfaat buat kita semua. :)

    BalasPadam
  6. Owh... adaptasi novel... Patutlah best... Pelakon lak memang cun encem... Memang best kalo dapat gi nih... Lamanya tak tengok wayang... hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu Ieta boleh review juga nnt 14 Mei :)

      Padam
  7. Adi putra jd ustaz... mmh sesuai hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eny... nnt tgk tau 14 Mei... Adi Putra jadi ustaz sopan sgt ...

      Padam
  8. bonde tak berselfie dgn rakan artis ke

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.