Assalamualaikum dan Selamat Petang..
Untuk Kali yang kedua ini, Bonde nak temuduga seorang ahli #EFG yang telah terpilih sebagai calon Review... [ACIK]
Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?
Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?
Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'
Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.
Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!
Tahniah Acik
Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.
1 ENTRI ACIK YG BEST YANG MENARIK IALAH:
1. memberikan masa untuk bertenang diri dan jiwa.
Ketika kita marah memang jiwa gelora mampu bertutur apa sahaja. Ambillah masa untuk bertenang dan mengumpul kekuatan untuk membina keyakinan diri.Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.
Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.
2.Berhenti mencari kesalahan yang lalu.
Cukuplah apa yang berlaku, jika kita memikirkan dan mencari siapa salah pasti keadaan semakin keruh. Jiwa tertekan dan hati makin sakit. Maka lepaskan dan berhenti untuk mencari siapa salah. Ada hikmah yang tersembunyi.
3. Move on dengan apa yang terjadi
Setiap manusia pernah lakukan kesilapan sama ada kecil dan besar. Kita seharusnya tidak menjadi penghukum dan tidak pula membalas seperti apa yang dilakukan. Bukan maksudnya kita dapat lupakan apa yang di buat tetapi lebih berhati-hati dengan apa yang jadi.Masa lalu kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu. Walaupun kita pernah terluka dandikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.
4.Belajar dari pengalaman.
Pengalaman ada guru terbaik dalam hidup kita. Apa yang berlaku itu hanya secebis masalah di dunia ini. Ianya akan mematangkan kehidupan kita agar lebih berhati-hati di masa akan datang.Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.
5. Paling penting adalah memaafkan.
Memaafkan walaupun kita terluka. Walaupun ianya sukar dan hati tidak rela.Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan. Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusiatidak akan pernah melupakan.
Memaafkan itu untuk melapangkan dada dan menenang jiwa dari permasalahan. Jika melepaskan seseorang adalah yang terbaik untukmu, Maka lepaskanlah .Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendamdan menikmati hidup seadanya. Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” (Surah al-Baqarah 155-157)
InshaAllah pasti akan ada ketenangan dalam hidup kita. Percayalah Allah tidak hadirkan masalah itu tanpa pengajaran yang berguna untuk kita.
Entri ini mesti ada yang setuju, ada yang tidak. Ianya hanya insan seperti acik mengumpul kekuatan untuk teruskan hidup.
Bonde setuju pada semua perkara yang disebutkan diatas... Kita akan jadi lebih tenang dengan berdoa kepada Allah...dalam solat dan bacaan ayat suci Al quran.. semasa marah dengan berwudhu dapat menyejukkan hati yang panas..
Perkara yang lepas yang menyakitkan tidak perlu dikenang lagi... pandang ke hadapan dan jangan toleh kebelakang...
Pengalaman mengajar kita.. jadi mana yang baik kita ikuti mana yang tak baik kita tinggalkan ... atau tanam dalam2...tak perlu ingat lagi...
Memaafkan mmg penting...belajarlah memaafkan...
jadi............
hendaklah sentiasa kita memaafkan..
kitakan manusia biasa..
Ucapan bonde untuk Acik
Moga sentiasa Berjaya dimasa hadapan...
InsyaAllah,
Aaamiin
Bonde Senyum Riang
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2015/05/belajarlah-untuk-mengembalikan.html?showComment=1432015140124#c9004842940482808103
17 Ulasan
blog acik pernuh dgn nasihat n iktibar
BalasPadamBetul tu....
Padamterima kasih bonde..May Allah bless you
BalasPadamSama-masa Acik...
PadamInsyaAllah...Aamiin
gabungan riang + hibur...!!
BalasPadambergambung meletop
Padamkita kena belajar dari acik..blogger yg diminati ramai sebab blog dia berilmiah ..kan bonde?. Tapiii..blog bonde dah ada ciri-ciri tu..tengok pada header baru...sempoi dan cantik .
BalasPadamBetul PCL... #EFG sama-sama belajar dari Acik
Padamhe he he....alamak perasan pulak header baru bonde...sempoikan!
banyaknya entry yg bonde senaraikan... bonde menag DAEBAK.... ACIK pula memang SUPERB DAEBAK.... terbaik.. tahniah kerana berjaya memberi inspirasi buat semua orang melalui penulisan
BalasPadamAlong... Daebak jugak...
Padammari semua #EFG bergabung memajukan blog kita...
#bondesenyumriang
entry acik penuh dengan motivasi yang boleh bangkitkan semangat
BalasPadambetul tu...
Padamantara blog terbaik di tanahair..Tahniah acik :)
BalasPadammoga Kak Ana pon nnt terkenal di tanahair
PadamPerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
penuh dengan nasihat :)
BalasPadamblog acik terbaik!!
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.