BILA CERMIN MATA TAK TAHU LETAK DEKAT MANA ?



ASSALAMUALAIKUM....

Selamat petang...

Cerita hari ni... cermin mata hilang.... uwaaaaa.... uwa........ nages sampai lebam mata.

Pagi-pagi kalau nak cepat ke tempat kerja mesti ada je halangannye... ada je benda yang dicari tak jumpa.
Image result for spek mata


Hilangnya cermin mata ni akibat mlm tadi Bonde dah hampir pening kepala semasa balik dari Nilai bawa anak buah ke Klinik...(Teha tengah demam) bukan apa bonde tak boleh memandu waktu malam kerana rabun silau...

Bila memandu pada waktu malam mata jd penat sangat kerana melihat cahaya lampu dari kereta arah bertentangan... hu hu hu memang tak suka! tapi terpaksa juga bawa sebab Kanda ada urusan kerja tidak dapat nak hantar....

Balik dari Nilai tu masuk rumah Bonde terus baring kat ruang tamu sebab nak rehatkan mata... rasa macam nak tertido dan terus naik atas katil pejam mata tetido kejap...

Lepas tu terjaga tengoklah kat HP kejap scrolllah Telegram dan whatsapp tapi masa nni memang x perasan spek tak ada dan letak mana? emmm bukak PClah, tukar feed kejap sebab nampak jadual dah kuar...

Mata tetap penat dan kepala makin berat... tutup PC tidurlah!

Bila dah siap-siap nak pergi kerja baru perasan spek dah lupa letak mana hadoiiii

Naseb ada 'Lens' tu pon main bawak je tak pakai sebab dah lambat hu hu hu...


Bonde jangan jadi pelupa!... terimalah padahnye... hu hu hu



Saja google : Cara Menjaga Cermin Mata... sekali jumpa tips dari JEJAKA HANGAT




jom kita baca....



Cara Menjaga Cermin Mata

1. Gunakan bekas yang sesuai dengan saiz kaca mata anda. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Selepas menggunakan kaca mata, bungkus dalam kain pembersih lensa sebelum menyimpannya di dalam bekas. Ia akan mengelakkan lensa calar.

2. Jangan lokek mengeluarkan belanja untuk servis kaca mata anda. Lakukan pemeriksaan pakar optik sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan kaca mata berada dalam keadaan yang baik.

3.Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai sebaliknya servis di kedai optik.

4. Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.

5. Usah mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar.
Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan pencuci lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.

6. Elakkan membuka kaca mata dengan menggunakan sebelah tangan. Ia mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah.

7. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.

8. Ketika membersihkan lensa, pegang bingkainya dengan cermat. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.

9. Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.

10.Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.

11. Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.

12. Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.


Jangan lupa jaga Cermin Mata Anda... Kerana ianya sangat penting bagi anda yang rabun...seperti Bonde.

Psst.. Balik ni kene cari balik cermin mata hu hu hu

Sambil nyanyi... cermin mata awak kat mana? awak kat mana?


~ BONDE :) RIANG~

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. klo sy xjpe spek boleh rasa nak amuk tau..haha pdhl slh sendiri sbb suka ltk merata..tp mmg menyakitkan hati kan..nk cri bebetul mata rabun plak.haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah ... selalu macam tu ha ha ha dah letak letas tu lupa ha ha ha

      Padam
  2. Mak Ami zaman pki spec dulu pon slalu xtao letak mana..puas jugak kitorang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha....
      Ami... Spec mak mana? he he he

      Padam
  3. Mak Ami zaman pki spec dulu pon slalu xtao letak mana..puas jugak kitorang...

    BalasPadam
  4. wah. tak sangka bonde jumpa entri angah hehe... terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayy.... Bonde Google & share...
      En3 angah kat sini moga berguna untuk yang lain...

      Padam
  5. Mak Sha pun selalu jadi kes missing spec ni, hehe. Kitorang anak beranak selalu jugak gelak-gelak tengok kat mana mak tinggalkan spec :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lahhh ciankan... mujur ramai yg bantu mencarikan...
      tadi pon sempat pesan dekat atin minta dia carikan :)

      Padam
  6. pagi tadi pun menggelupur cari cermin mata kat mana...ha ha ha...

    BalasPadam
  7. Ayat pertama suami kalau bangun tido... "spect papa mana ekk???" sabo jelaaaa




    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.htm

    BalasPadam
    Balasan
    1. he he he...
      pagi ni Kanda tak sempat nak carikan hu hu hu rushing nak pi keje :)

      Padam
  8. Hahahah. amboii bonde. siap nak nyanyi :D

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.