REVIEW MAJLIS PELANCARAN NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA....



Assalamualaikum...Selamat Malam...Tibalah hari yg ditunggu iaitu Pelancaran Novel terbaru Andai itu Takdirnya 2 Siti Rosmizah @ SR secara tertutup di Dewan Kenanga , Hotel Seri Pasific KL (bersebelahan PWTC) memandangkan jadual Pelancaran pada pukul 9.30 pagi.Bonde bertolak dari rumah ke sana bersama kawan Masiey dari BBST jam 7.30 pagi menaiti KTM Komuter jam 8.00 pagi... berhenti di hentian TBS menaiki Rapid KL ke PWTC kami sampai tepat jam 9.30 pagi.... huhhhh berdebar rasa hati kerana tak pernah pergi program pelancaran tertutup seperti ini (Alhamdulillah)

Tema pula : Hijau, Kuning dan Silver...Menarik tema ni....





kad jemputan Majlis tersebut.... Tema kali ni SR Publication pilih Hijau, Kuning dan Silver sempene cover novel baru mungkin..




Cover baru novel Andai Itu Tadbirnya 2 


Menarik di Majlis Perlancaran ialah drama pendek yg di sajikan lakonan dari Novel Andai Itu Takdirnya yang pertama... dan diselangkan dengan nyanyian lagu dari Lan (Kumpulan Kristal), Salma (AF) dan persembahan dari nyanyian dari Akim dan Majistret lagu Mewangi :) (ni sangat istimewa) lagu kesukaan Bonde.





Bonde bersama MC Azrul Zaidi di Majlis Pelancaran tersebut... Dan Azrul Zaidi juga turut menghiburkan kami ... tak kering gusi kami tergelak dibuatnya (sempat kami selfie)



Bersama Izani melakonkan watak Faizal dalam Andai itu Takdirnya 1


Bersama Aishah Atan sebagai ibu Mentua Aleya Andai itu Takdirnya 1


Bersama Rozi Rasid Sebagai Penerbit/Pengarah Drama Pendek Andai itu Takdirnya 1 dihari pelancaran



Sesi tandatangan Bersama Siti Rosmizah... Cantik SR hari ni... :)



Tahniah Kak Siti Rosmizah untuk Andai Itu Takdirnya 2




Sesi bergambar dengan penyanyi pada majlis tersebut Lan (Kristal) 
dan Salma (AF) 




Teristimewa : 

Best nya dapat tengok Akim dan Majestret nyanyi live... lagu mewangi



Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Terpegun bonde kejap layan lagu mewangi...Tak kedip mata.. he he he


Note :
Andai itu takdirnya 2 lebih......

Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan...

sisnopsis:



Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.

“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!

Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.

“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!
“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”
Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.

“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.
Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!

“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.
“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.
“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.

“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”

Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.


~ BONDE :) RIANG ~

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Balasan
    1. He he he pertama kali menghadirkan diri mmg teruja... tak sangka banyak surprise pada hari itu

      Padam
  2. *beberapa typo telah dikesan.. takpe lah abaikan... hehehehee...*

    bestnya Bonde dapat jumpa Akim live... huhuhuhuuu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ain... ha ahlah ada typo dah editlah.... wekkkk hi hi hi tq editor

      ha ah Akim nyanyi Live... sampai dihati:)

      Padam
  3. Assalamualaikum. wahh bestnya. sheila peminat tegar Siti Rosmizah ni. tak sabar tgu buku ni kat pasaran ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Sheila ... Akan berada dipasaran mulai Mei nnt

      Padam
  4. wah bestnye bondeee dpt jumpa retis hehe

    BalasPadam
  5. wah, best gilosss bonde dapat p sana jumpa diorang semua! izani! dah lama x tengok dia berlakon. comei ja. hahaha

    BalasPadam
  6. mesti best kan citer dia nanti..bila keluar??..nak tengok!!

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.