Assalamualaikum....
BONDE RASA NAK SHARE DI BLOG... TOUCHING PULAK BACA WHATSAPP NI
TAKE NOTE UNTUK DIRI BONDE...
TAKE NOTE UNTUK KANDA & FATIN JUGA..
SILALAH BACA.. HINGGA HABIS.. BAGI FAHAM..BAGI FAHAM..TAU!
BACA DENGAN PELAHAN.. KALAU NAK BG FAHAM..
Sibuk kejar kehidupan?
Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini.
Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.
Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan".
Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.
Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.
Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.
Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.
BILA NAK BERUBAHLAH? BILA NAK BERUBAHLAH? BILA NAK BERUBAHLAH? BONDE JGN MAIN BELASAH JE...
INSYALLAH SAMA-SAMA DAPAT KITA DAPAT HIDAYAH DARI CERITA DIATAS..YG BAIK JDKAN TAULADAN, YG BURUK JDKAN SEMPADAN...
FIKIRKAN BOLEH UNTUK SEMUA ITU...
MOGA KITA SEMUA DALAM RAHMATNYA..
INSYAALLAH :)
10 Ulasan
bsama-sama kita berubah bonda...doa byk2
BalasPadamInsyaAllah... Aamiin
Padambuat renungan semua...
BalasPadamterima kasih... saling ingat mengingatkan :)
Padamrenungan untuk anis sendiri yg kdg2 selalu alpa.. Allah...
BalasPadamAnis...
Padammoga dipermudakan urusan kita semua. InsyaAllah
Renungan utk kita semua,
BalasPadammoga dipermudakan urusan kita semua. InsyaAllah
Padamfuhhh....!! deep betul ni Bonde... :'(
BalasPadamsemoga kita semua menjadi hambaNya yang tak pernah berhenti mencari dan mencari keampunan dan keredhaanNya...... :)
Ingatan buat kita bersama..Thanks Sharing Bonde
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.