PAKAIAN MUSLIMAH POPULAR DI MALAYSIA



Assalamualaikum...

Dan selamat pagi, hari ni 22 hb April 2015 bersamaan 3 Rejab 1436 H lebih kurang 2 bulan lagi kita akan menghampiri bulan Ramdhan…


Semua sedia maklum dengan situasi sekarang ni… kalau nak tempah baju kene hantar awal kepada tailor made jadi… kadang2 sampai tailor made tolak kerana telah menerima banyak tempahan yang datang awal dan ini menyebabkan order telah ditutup awal sebulan sebelum bulan Ramadhan.Ini ada berita baik untuk anda semua yang tak sempat untuk menghantar baju ke tailor made.

Zalora ada menawarkan Pakaian Muslimah ready made yang memudahkan anda semua yang tidak berkesempatan untuk menghantar tempahan kepada tailor made.


Untuk pengetahuan semua ;

Fesyen adalah sebuah industri yang mempunyai sifat yang cukup dinamik. Betapa uniknya fashion industry ini kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang popular pada hari ini mungkin akan menjadi trend yang lapuk dan tidak digayakan lagi kerana sudah ketinggalan pada hari esok. Dengan kata yang lebih mudah, pengisian dalam setiap koleksi fesyen itu bergantung kepada trend yang sedang popular dalam pasaran. 
Tidak mudah untuk sesuatu trend itu untuk terus kekal diminati bagi tempoh masa yang panjang. Ianya seperti angin bayu yang menghembus, terasa sapaannya namun dalam beberapa ketika ianya lenyap berlalu begitu sahaja. Dunia fesyen di Malaysia sudah terbiasa dengan koleksi pakaian wanita terkini yang moden.


Namun sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend fesyen terkini di Malaysia mengalami perubahan yang cukup ketara. Perubahan yang dimaksudkan ialah tentang perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang semakin menjadi pilihan dalam kalangan fashionista di Malaysia.


Jom kita lihat apakah tiga jenis pakaian Muslimah popular di Malaysia dalam kalangan wanita.





Pertama sekali sudah tentu tudung kerana bagi Muslimah ianya adalah antara fashion item yang paling penting untuk menutup aurat pada bahagian kepala dan rambut. Kini wanita Muslimah bukan sahaja boleh terus mengamalkan kepercayaan mereka namun dalam masa yang sama mereka dapat tampil menarik dengan koleksi tudung terkini wanita yang ditawarkan dalam pasaran. Tudung moden terkini hadir dengan pelbagai pilihan rekaan, warna, corak dan saiz untuk dipilih.





Muslimah bottom yang paling digemari buat masa ini adalah skirt labuh Muslimah. Koleksi skirt labuh terkini ini menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana kerana sifatnya yang cukup versatile dan boleh dipadankan bersama hampir apa sahaja Muslimah top.


           
Senarai ini tidak akan lengkap rasanya tanpa pakaian Muslimah terkini yang paling popular iaitu baju kurung moden. Baju kurung wanita ini mendapat sentuhan rekaan yang lebih glamour dan hasilnya adalah koleksi baju kurung moden terkini yang cukup cantik. Sehingga kini ianya menjadi antara pilihan baju Muslimah yang paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia.

Dengan bebelanja secara on line masa anda dapat dijimatkan hanya klik untuk pilih dan bayar, tidak perlu bersusah payah memandu dalam kesesakkan dan kene bayar parking yg mahal...


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. lama dah tak shopping kat zalora.

    BalasPadam
  2. jom singgah blog cik nor..tgk tudung cik nor jual..:)

    BalasPadam
  3. rambang mata tengok jenis2 baju ni >_<

    BalasPadam
  4. Cantik2.. mmg boleh rambang mata iolls.. hehe

    BalasPadam
  5. cantiknyaaaa....model tu...upsss...baju tu

    BalasPadam
  6. lawanya semua baju tu... tergoda kita nak beli. hehehehe.. tapi kat umah dah banyak sangat -.-

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.