CHANDELIER



Jom BELI JOM.... Assalamualaikum...

Novel terbaru Acik Lana.. Chandelier dalam diam tak diam Acik hasilkan 1 lagi novel...

Kata acik Lana di FB Group:


.....Sbb ramai bertanya, ini sinopsis CHANDELIER. kisah kali ni quite simple tanpa konflik2 yg over sadis. Hehe.

Cuma acik tekankan kisah perubahan seorang perempuan dr buruk kepada baik. Dari gatal miang gedik kpd sifat yg lebih terpelihara. Gituuuu.

Hope uols sukakannya sbb i nerves mcm selalu. Haha! Enjoyyyy.

CHANDELIER

Gold Digger – itulah label yang sering diberikan kepada Keisha Edlina. Berbekalkan wajah pan asian dan kesempurnaan bentuk tubuh, dia memiliki hidup serba mewah dengan cara yang amat mudah. Goda lelaki kaya, jual ayat cinta, dan peras harta mereka sehabis daya. Kemudian dia angkat kaki untuk mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.
Namun sampai ke satu tahap, Keisha Edlina mula mencari calon suami untuk kehidupan yang lebih stabil. Dan syarat utama, lelaki itu perlu banyak harta. Wajib! Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Dan matlamatnya hanya satu, dia mahu bergelar Puan Sri tidak kira apa pun!

Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluan kakinya. Di mata Keisha Edlina, Kaef hanyalah lelaki tampan yang memiliki taraf hidup biasa-biasa saja, tidak punya banyak harta atau kemewahan. Tapi aneh, kenapa hati masih boleh terpikat dengan hanya keikhlasan lelaki itu?

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu persatu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. Berkorban demi lelaki yang dia cintai sepenuh hati!

“I tak nak hidup susah Kaef, I tak boleh hidup susah and you know that!” – Keisha Edlina.

“Sebab saya bukan lelaki yang mampu menjanjikan intan dan berlian di tubuh awak kan? I will never be good enough for you. Fine, I got that.” – Kaef

Jerih hari-hari yang dilalui Keisha Edlina tanpa kehadiran Kaef di sisi. Sangkanya keperitan hidup sudah berakhir, namun jelas sekali dugaan demi dugaan masih belum jemu menjengah. Jadi di mana kesudahannya derita Keisha Edlina?

Mampukah dia menggapai bahagia suatu hari nanti? Atau dugaan dari Allah akan terus menghukum satu persatu dosa silamnya?




ok masuk dalam list nak beli.....nnt :)

siapa nak kirim bolehlah whatsapp yea 

 ~ BONDE :) RIANG~

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.