ASSALAMUALAIKUM...
YEAY... LAMA DAH MENUNGGU KEMUNCULAN DRAMA :
"ISTERI SEPARUH MASA" @ ISM
NI KELUAR DI KACA TV.. BACA NOVEL ISM MEMANG BEST TAU... RASA GERAM JE...
Sinopsis:-
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?
ALHAMDULILLAH DRAMA ISM TELAH DI SIARKAN MENERUSI ASTRO RIA 104..
PELAKON :
HERO : AIMAN HAIQAL RIDZA AKA DR NAZRIN SHAH
HEROIN : EMMA MAEMBONG AKA MEDINA IZWANI
&
AYDA JEBAT
BACA ON LINE :
[BAB 1] [BAB 2] [BAB 3,4] [BAB 5,6] [BAB 7,8] [BAB 9] [BAB 10,11] [BAB 12] ......BERSAMBUNG NNT
"Demi rasa cinta yang dikurniakan Ilahi, aku terus rela menjadi isterinya..walaupun hanya Isteri Separuh Masa"Medina Izwani~Isteri Separuh Masa~
BONDE BERSAMA PENULIS NOVEL
"ISTERI SEPARUH MASA"
KENALI SURI RYANA DI [queenlpermaisuri]
~ BONDE :) RIANG ~
14 Ulasan
menarik citer nih..
BalasPadamIzzeyda selamat menonton...
PadamJeles betul bonde ni ramai dah jumpa novelis
BalasPadamNani... he he he.. Suri Ryana sweet tau...
PadamWah macam best jer jalan citer dia tapi sayang.umah kitew tak pakai astro..sedih sangat kan..hukhukhukk.tak pelah nanti kitew beli novel dia...
BalasPadamBoleh tengok on line...
Padamhttp://www2.bukancincai.com/2015/02/tonton-isteri-separuh-masa-full-episod.html
Padamtgk sini ...
TQ...TQ....Yeah boleh tengok sudah
Padamtengok sikit je malam tadi
BalasPadamEzwan.. pon follow hik hik hik
PadamBila pulak Bonde nak jadi penulis novel sendiri ?.. mesti dah cedok banyak idea dari dorang penulis tu kan.
BalasPadamPCL...
PadamAda dah... Diari Bonde tajuknya he he he... InsyaAllah Aamiin... Penulis blog dulu...novel next
novel ni best
BalasPadamKann CN.. best... masa baca novel tu geram je dgn Dr Nazrin yg ego tu
Padam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.