INFO SEMASIN MASIN GARAM SILA BACA...



Assalamualaikum.. Mari sama-sama kita baca mengenai info berkaitan garam... Siapa kuat makan masin sila kurangkan nnt dapat sakit darah tinggi bahaya tau! Sila jaga kesihatan anda :)

 


Mari kita baca bersama-sama


Nabi cakap apa? Celup jari pada garam dan hisap jari tu sebelum dan selepas makan.
Sebab apa?

1. Garam mengurangkan selera makan kita, jadi kita boleh bersederhana waktu makan, tak berlebihan, tak membazir. (KALAU NAK KURUS BUAT... NNT KITA TAK MAKAN BERLEBIHAN)

2. Boleh buat kita rasa kenyang. (SYUKUR ALHAMDULILLAH)

3. Kalau ada santau dalam makanan, garam boleh menghapuskan santau itu. Sama juga dengan sihir. (SILA BERHATI-HATI)

4. Elak keracunan makanan.(TINDAKBALAS KEPADA RACUN)

5. Boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Kita buat tak? Jom amalkan.(ADA YG PERNAH BUAT, AKAN DI AMALKAN INSYA'ALLAH)


Hadis tentang garam :
1. Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."

2. Hadis riwayat AlBazzar.
Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan. Baginda berkata : "Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."

Moga bermanfaat untuk semua...




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. ya bonde, t.kasih...sangat bermanfaat, nak celup jari dlm garam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PCL...
      Bonde pon nak celop juga jari dlm garam.. kalau perasan org arab amalkan masakan mereka mmg tak letak garam.. semasa dihidangan br mereka letak garam dlm masakan tu

      Padam
  2. Ohh begitu ye. Tak tahu pula pasal celup jari tu. Terima kasih sebb bagitahu. Boleh jadi petua yang bagus ni utk kurangkan selera makan.

    Jom Aktifkan MyKad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea.. HH kalau diamalkan cara tu.. kurang selera makan dan kuranglah berat badan lama kelamaan nanti jd senang nak didietkan, x perlu makan ubat-ubatan :)

      Padam
  3. mksdunye kita makan garam sikit la yee?

    BalasPadam
    Balasan
    1. KC
      makan sikit jer... jgn banyak...he he he karang lain jadinya :)

      Padam
  4. garam bukit boleh ubat keracunan makanan . leyla tgk video kucing keracunan . dah berdarah2 . org spray air garam bukit, boleh bangun jalan, mcm xde ap jadi . mcm magic . alhamdulillah hidup lg kucing tu

    BalasPadam
  5. yeke.. baru tau.. terima kasih atas info bonde :)

    BalasPadam
  6. Baru tahu...byk yg tak tahu selama ni huhu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.