BAB THOHARAH~HUKUM MEMBASUH BAJU MENGUNAKAN MESIN



Assalamualaikum..

Dan selamat malam, bonde dapat melalui whatsapp jadi bonde rasa nak share tentang perkara ni  mungkin ada yang terlepas pandang akan hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh utk mencuci pakaian..

|Hadam Betul2 Ilmu ni|

Dalam bab Thoharah, iaitu HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh. Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul.

Baju yang bercampur dengan pakaian dalam, atau pakaian yang terpercik najis Hukmi (Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis), perlulah diulangi basuhan itu melalui BILAS dengan air lalu di akhir pembasuhan.

Ini kerana, air yang kurang daripada 2 kolah berada di dalam mesin basuh menjadi air MUTANNAJIS dan dibawa solat. Maka hukumnya tidak SAH solat tersebut kerana pakaian masih menanggung najis.

Langkah-langkahnya:
1. Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yg bernajis. Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh, lakukan semula dengan cara membilas baju satu persatu ataupun beberapa helai sekaligus melalui air yang dibuka semula dan ratakan sehingga basah.

2. Pakaian boleh dibilas dengan air paip diluar mesin basuh ataupun menggunakan paip di dalam mesin basuh.

3. Jika ingin membilas didalam mesin basuh, bilasan air perlu diratakan ke semua baju TANPA membiarkan air BERTAKUNG di dalam mesin.

4. Membilas pakaian yg ingin dibawa solat tidak perlu lama-lama dan menggunakan air yang banyak, cukup sekadar meratakan.

5. Spin, selesai. Jemur dan boleh dibawa solat.

‪#Hukum‬ ini adalah hukum muasorof yakni hukum yang baru selepas mesin basuh dicipta. maka para ulama mentafsirkan cara basuhan mengikut tahap kesucian dengan teliti dari segala sudut Thoharah.

Sebelum mesin basuh dicipta, umat islam membasuh baju disungai, atau menjirus daripada tempayan air ataupun paip, maka air sudah mengalir dan tidak terikat dengan mutannajis kerana tidak direndam.

-Kuliah/Thoharah-

Kemusykilan ini telahpun dijawab oleh UAI: https://www.youtube.com/watch?v=Ra1TG534szE

Pendapat bonde:

~Pakaian yg terkena najis tu hendaklah dicuci terlebih dahulu buang najis yg terdapat pada pakaian tersebut.

~Setelah bersih barulah dicampurkan pakaian tersebut bersama pakaian yg lain yg hendak dicuci.

~@asingkan pakaian tersebut jgn campur.

~lakukan mana mana ikut kesesuaian, InsyaAllah pakaian tersebut bersih dari najis dan gunakan tanpa was was.

P/S: Sampaikan pada Umat Islam yang lain.. moga bermanfaat utk semua.. InsyaAllah..


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. selama ni buat endah tak endah je kan benda mcm ni ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lela kita x terpikir pon...kan... Janji cpt siap... Kene ambil berat jugak perkara perkara mcm ni sebenarnya

      Padam
  2. betul tu, kadang-kadang kita terlepas pandang perkara kecil-kecil sebegini ,peringatan yg baik Bonde :)

    BalasPadam
  3. kalau sis JM..pakaian bernajis tu better cuci guna tangan

    terimak asih kongsi info ni sbb ilmu baru buat sis tau

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.