HARI TERAKHIR DI BULAN JANUARI... 31 JANUARI



Jom baca....



ASSALAMUALAIKUM....
PEJAM CELIK, PEJAM CELIK RUPANYA DAH SEBULAN KITA DI TAHUN 2015...

APA YANG KITA DAH BUAT SEBULAN DALAM BULAN NI...???

MANA PI AZAM YG BERBAKUL2 TU DAH TERCAPAI KE BELUM...

HE HE HE AYAT TAK HINGGAT GANAZZZ BETUL BUNYINYA..

SEBENARNYA BONDE SENDIRI PON TAK PERASAN DAH AKHIR BULAN RUPANYA...
KERJA,SETIAP HARI MESTI TGK KALENDER...

MEMERLUKAN UPDATE ITU DAN INI....BETUL TAK? KADANG-KADANG TAK PERASAN.. BETUL TAK?

APA YG MEMBUATKAN MASA SANGAT CEPAT BERLALU....?

MACAM TAK CUKUP MASA JER SETIAP HARI...?

JADI UNTUK ITU KITA HARGAI MASA...
JANGAN SELALU MEMBUANG MASA...
MASA ITU EMAS...




PENGURUSAN MASA YANG BAIK...

Pengurusan masa yang baik adalah merupakan kunci kejayaan seseorang. Ini kerana orang yang berjaya menguruskan masa pasti akan memperoleh kehidupan yang seimbang. Mereka berjaya untuk memperuntukkan masa terhadap diri sendiri dan juga untuk orang lain. Tetapi bagaimanakah untuk mendapatkan pengurusan masa yang baik?

Peruntukkan masa untuk melakukan satu-satu tugasan- Dalam kehidupan seharian, pasti anda akan sibuk dengan tugasan kerja yang mungkin tidak akan habis. Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan kerja itu secara sekaligus.  Rancang dan peruntukkan masa untuk satu-satu tugasan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan pengurusan masa yang baik, pasti anda berkesempatan untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan.

Senaraikan keutamaan anda- Untuk seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja harian, anda perlu sentiasa menyenaraikan keutamaan yang anda ingin lakukan pada hari-hari tertentu. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan masa anda. Pasti anda tidak akan mampu untuk melakukan perkara yang diinginkan untuk setiap hari. Tetapi anda boleh menyenaraikan keutamaan yang perlu diberikan mengikut hari-hari yang bersesuaian. Sebagai contoh, mungkin hari sabtu keutamaan diberikan terhadap keluarga. Sekiranya ada tugasan yang perlu disiapkan, anda tidak perlu runsing untuk memikirkannya kerana anda sudah tahu hari itu keutamaan telah diberikan terhadap keluarga. Peruntukkan untuk menyiapkan tugasan pada hari yang kerja menjadi keutamaan pula.

Hargai masa- Pasti tidak akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya anda sendiri tahu bagaimana untuk menghargai masa. Hargailah setiap masa yang anda lalui. Jangan sesekali mempersiakan masa anda. Ini adalah merupakan kunci utama untuk anda mendapatkan kehidupan yang lebih seimbang.




~ BONDE :) RIANG~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. betul tu bonda. walau apapun kena hargai masa. Sebab itu dari dulu lagi kita selalu diinggatkan masa itu emas.

    emas suatu barang yang sangat berharga

    BalasPadam
  2. ARZ Moha...

    Kan masa mmg sgt berharga.. Bonde ni selalu terlupa.... byk minum semut ke hapa....

    BalasPadam
  3. Pcl fail bab nak urus masa..tapi cuba sebaiknya ; yg penting perkara wajib jangan dilalaikan..sengaja tu Dosa besar ..

    BalasPadam
  4. PCL betul tu... kita boleh merancang, Allah yg mentukan..
    kene sentiasa waspada ada yg memerhati....segala gerak geri kita :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.