TERJEBAK DALAM DRAMA TEDUHAN KASIH






Jom baca....

RAKAN-RAKAN SEKALIAN... MESTI ADA PEMINAT DRAMA TEDUHAN KASIH KAN...
SILA ANGKAT TANGAN???

SEBELUM NI BONDE TAK LAYAN PON DRAMA NI...
MAKLUM LA WAKTU SIARANNYA ADALAH TIME BALIK OFFICE, SAMPAI KAT RUMAH MANA DAN NAK DUDUK SELEMPOT ATAS TIKAR BULUH @ SILIH PANGGUNG ATAS SOFA...TAK DAN, TAK DANNNNN (SILA BAYANGKAN !)

HINGGA PADA HARI INI, DITAKDIRKAN KESIHATAN KURANG MEMUASKAN...
DENGAN BADAN YG SAKIT2... MANA BOLEH BANGUN BUAT KEJE LAGILAH....

MANJA2 ATAS TILAM, GULING2 GITU... (ASYINYAAAAA)

APA LAGI PELUANG NI DIAMBIL...UNTUK MENONTON SECARA ONLINE DRAMA YANG DISUKAI RAMAI NI....

KAWAN-KAWAN OFFICE DOK TANYA...BIASA LA NAK REVIEW EPISOD SEMALAM...( BONDE JAWAB X TENGOK) ( DALAM HATI BEST SANGAT KER..TEDUHAN KASIH TU)

DALAM PADA SAKIT2... SEMPAI MENONTON EPISOD 1-18 OH NON STOP...

REHAT UNTUK SOLAT DAN MAKAN SAHAJA....



SINOPSIS :

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.


Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
  SANGAT SUKA WATAK KAK LONG.... MEROYAN GITU..


 ~ BONDE :) RIANG~

Catat Ulasan

0 Ulasan