HELO SUAMI, HAI ISTERI...

Jom baca....

SEMALAM MASA KAT POPULAR SEREMBAN 2
BERKESEMPATAN RONDA-RONDA TENGOK BUKU BARU...

TAJUK NOVEL NI, MENARIK PERHATIAN BONDE...
"HELO SUAMI, HAI ISTERI!

LEPAS TU KAT FAN GILER NOVEL ADA SHARE SINOPSIS SEPERTI DIBAWAH.. BOLEHLAH BACA... YEA...

HELO SUAMI,HAI ISTERI! ~ Q
ISBN: 978-967-0201-73-3
Kategori: NOVEL UMUM
Harga: RM25.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM28.00 (SABAH&SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 10 APRIL 2013

Sinopsis :

Putri Shazlin tidak pernah bermimpi yang dia akan dinikahkan pada usia yang muda. Seawal umur 22 tahun dia sudah ‘dipaksa’ untuk berkahwin hanya kerana sikapnya yang terlalu manja. Pasangannya pula adalah seorang anak kepada sahabat ayahnya sendiri, Airil yang dikatakan dia seorang ‘otaku’. Hati mana yang rela jika diminta berkahwin segera? Kerana kedua-dua mereka tidak rela, mereka berdua berjumpa untuk berbincang secara baik bagi mencari penyelesaian. Lain yang dibincangkan, lain pula persetujuan yang dicapai, masing-masing bersetuju untuk memberi peluang untuk perkahwinan ini. Mungkin ini memang jodoh yang tertulis.
Setelah berkahwin pelbagai perkara terpaksa mereka tempuhi, Shazlin dengan rajuknya, Airil dengan sabarnya terpaksa beralah kepada ‘puteri’. Berkat kesabaran mereka, lama-kelamaan keserasian mula menjelma di hati, mereka lebih selesa dan intim walaupun hubungan mereka bak kawan baik sahaja.
Namun kemunculan dua insan yang mengaku kawan di sisi mereka mula membawa perubahan di dalam hubungan mereka. Kononnya hanya kawan biasa tetapi sebenarnya mereka memasang niat lain, sudah cukup kuatkah rumah tangga yang Airil dan Shazlin bina bagi melawan rintangan yang datang? Adalah cinta sahaja cukup untuk membahagiakan mereka? Bagaimana pula dengan kepercayaan?

blog penulis :  http://qminznovel.blogspot.com/.

 Photo: NOVEL BAHARU TERBITAN APRIL 2013

* * *
 
Q seorang penulis baharu yang berasal dari utara semenanjung. Dilahirkan pada bulan Januari tahun 1989, seorang yang pemalu oleh itu Q lebih selesa dikenali sebagai Q sahaja di dalam dunia penulisan.
Minat membaca novel bermula di bangku persekolahan, dan pada tahun 2007 Q mula menulis fanfiction berbahasa Inggeris. Pada pertengahan tahun 2011, Q mencuba menulis novel Melayu pula, dan kemudian terhasillah novel pertama Q, Helo Suami, Hai Isteri!  yang pada mulanya disiarkan di blog http://qminznovel.blogspot.com.
Q berharap novel pertamanya ini dapat menghiburkan semua yang membacanya di samping menghayati maksud tersurat dan tersirat di dalam novel ini.

~ BONDE :) RIANG~

Catat Ulasan

0 Ulasan