YANG KE 11 TAHUN....
DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI
Berikut ini dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk jadikan rumahtangga yang dibina agar sentiasa harmoni dan bahagia. Sila baca dan amalkan;
1~Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.
2~Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
3~Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.
4~Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.
5~Allahyarham P.Ramlee pernah mendendangkan sebait lagu yang berbunyi, “Perkara lama jangan dikenang…” Itulah hakikat yang mesti dilakukan. Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan kita kelak.
6~Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah supaya kata-kata yang diucapkan itu tidak menyinggung perasaan pasangan kita. .
7~Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan. Perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di tangan dan sebagainya. .
8~Meluahkan apa yang terpendam dengan terus terang. Jangan terlalu memendam perasaan. Mungkin pasangan kita tidak tahu atau mungkin memang sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
9~Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
10~Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi kita dan memberikan keyakinan kepada suami isteri.
11~Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan di antara mereka, dan bukannya bersekongkol dengannya. Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah menyampaikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.
12~Sebagai seorang suami ataupun isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan anda. Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama dengan kawan-kawan dan masyarakat
13~Segala kerja-kerja di rumah tidak seharusnya dibebankan kepada bahu seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah merupakan kerja jamai’e atau kolektif di antara suami isteri.
14~Sekiranya suami dan isteri sudah mempunyai anak, ajarlah anak-anak itu semenjak dari kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu bapa.
15~Hubungan seksual yang sihat dan sempurna juga mampu mengukirkan dan mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang di antara suami dan isteri.
Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah
1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’
6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
~SAMA AMALKAN :) SAMA BAHAGIA INSYA'ALLAH~
~ BONDE :) RIANG~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.