Jom baca....
U OLL DAH BACA X? NOVEL NI??
BONDE TENGAH BACA NOVEL NI....
SUKA SANGAT WATAK USTAZ DALAM NOVEL NI... PENYAYANG DAN PENYABAR...
DIALAH USTAZ DAN DIALAH SUAMI...:)
MEMANDANGKAN CERITA DALAM NOVEL INI AKAN DIADAPTASI KEPADA FILEM DAN PELAKONNYA PULA ADI PUTRA DIPILIH SEBAGAI USTAZ HAFIZ...
SEMASA MEMBAWA TU, TERBAWA-BAWA WATAK ROMANTIK ADI PUTRA DALAM CERITA "SEHANGAT ASMARA" (FEELING LE KONON)....
SINOPSIS NOVEL :
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
~ BONDE :) RIANG~
4 Ulasan
jalan citer mcm best..
BalasPadamagak2 siapa pelakon utk watak alisa ye?
BONDE PON X SABAR NAK TUNGGU CITER NI...
BalasPadamRASA2 SIAPA YG SESUAI WATAK HEROIN TU....
KALAU BONDE PILIH...
ELFIRA LOY KENA TAK??
MACAM MENARIK JER......
BalasPadamMEMANG MENARIK...
BalasPadamSEDANG ANGAU BACA NOVEL NI...:)
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.