Jom baca....
Petua Untuk Menghafal Al-Quran
1. Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah s.w.t.
2. Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz.
3. Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, struktur,
dan susunan ayat nya diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz,
dirujuk, dan diingati.
4. Ayat atau surah yang hendak di hafal
hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. Pastikan tajwidnya
betul. Sebagai contoh jika hendak hafal surah ali-Imran. Mulakan dari
muka surat yang pertama surah tersebut. Lancarkan muka surat yang
pertama itu dahulu.
5. Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga
betul-betul lancar. Pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan
betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula
ayat tersebut, dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anda bercelaru.
6. Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. Pastikan hafazan mengikut
langkah. Hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat
pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik),
barulah berpindah ke ayat yang kedua. Kemudian hafaz ayat ke kedua,
ulang balik dari ayat yang pertama. Kemudian baru masuk ayat yang
seterusnya.
7. Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai
ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan
atau semak) bacaan dan hafazan anda.
8. Amalkan membaca
ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan.
Banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan
ayat-ayat yang telah dihafaz. Ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang
telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.
9. Amalkan membaca
ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir
atau nyanyian hati atau mulut. Contohnya, ketika menunggang motosikal,
ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang difikirkan
baik. Hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk mengingati
ayat-ayat hafazan tersebut.
10. Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
11. Jauhi amalan maksiat. Jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai seorang Muslim.
12. Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam. Cuba hafaz sebanyak mungkin, InsyaAllah
sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.
13. Banyakkan memohon doa kepada Allah s.w.t. supaya dipermudahkan hati dan minda untuk menerima al-Quran.
14. Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. Sebagai contoh, waktu
selepas solat fardhu. Utamakan sebelum waktu SUBUH atau selepas SUBUH,
kerana waktu ini tenang dan damai. Pastikan waktu yang anda gunakan
untuk menghafaz adalah istiqamah.
15. Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. Biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.