Jika JANTUNG Anda Berdebar



Jom baca....

 

1. Jika jantung anda berdebar dan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Jika anda kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Jika sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Jika semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jika kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jika tapak tangan anda semakin basah

Maka ikutilah petua ini :

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang boleh merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.

3.Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi.

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi marjerin.

6.Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, dan potato chip.

7. Elakkan mandi selepas makan.

8. Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit. Selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah, tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Anda jiga boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses.

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dan sebagainya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana ia dicampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.



~ BONDE :) RIANG~

Catat Ulasan

0 Ulasan