...BONDE SEKARANG TENGAH BACA BUKU NI....SIAPA DAH BACA ANGKAT TANGAN HE HE HE... BELI KAT KEDAI BUKU TAMAN SEROJA...TAJUK CERITA PUN DAH KELAKAR KAN...JOM LA SAMA-SAMA HAYATI CERITA DISEBALIK...
Sinopsis:
Permusuhan yang terjadi semenjak di zaman persekolahan berlarutan sehingga masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Adam yang boroi mendapat gelaran si ikan buntal daripada Kamilia yang digelarnya kambing liar. Keadaan semakin tegang apabila ibu Adam dan nenek Kamilia sepakat untuk menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan. Keegoan Adam dan kecurigaan Kamilia menyebabkan mereka rela mengekang perasaan masing masing yang sememangnya sudah bergetar di antara satu sama lain. Kehadiran Doktor Khairyzan yang menagih kasih Kamilia menyebabkan Kamilia tersepit di antara dua pilihan. Sheila yang gigih meraih cinta Doktor Khairyzan menggunakan Adam demi mencapai matlamatnya. Masing-masing salah faham di antara satu sama lain. Adam ingatkan Kamilia cuba merampas Doktor Khairyzan daripada Sheila. Kamilia pula beranggapan Adam adalah teman lelaki Sheila. Apakah kesudahan cinta si ikan buntal dan kambing liar ini? Berjayakah Doktor Khairyzan memperisterikan Kamilia? Berjayakah Sheila bersatu dengan Doktor Khairyzan? Adam? Siapakah yang bakal dipilihnya untuk menjadi suri hidupnya? Kamilia, si kambing liar ataupun Sheila? |
BERMINAT BELI SECARA ON LINE DI : http://kakinovel.com
~ BONDE :) RIANG~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.