Syarat-syarat wajib zakat ialah Islam, merdeka,
sempurna milik, cukup nisab, cukup haul (genap setahun hijriah dan niat
untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja). Bagi mereka yang ada
syaratsyarat tersebut, tidak wajar untuk berlengah lagi. Zakat sudah
menjadi perkara wajib yang patut dilakukan.
Mengapa kita perlu bayar zakat? Mungkin ada di kalangan yang cetek pengetahuan
tertanyatanya apa hikmahnya pembayaran zakat ini. Wang daripada usaha
dan titik peluh mereka yang bersungguh-sungguh itu, kenapa perlu
diberikan sebahagiannya kepada orang lain?
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan sebahagian hasil usaha kamu
yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi…”
(al-Baqarah:267).
Daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa
kita perlu mengeluarkan zakat iaitu menyalurkan sebahagian daripada
harta kita yang lebih itu kepada orang lain yang memerlukan. Kewajipan
ini diperintahkan oleh Allah yang mana zakat terdiri daripada rukun
Islam yang keempat.
Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat
fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ialah zakat yang wajib dibayar pada
Ramadan sahaja bermula 1 Ramadan sehingga 1 Syawal iaitu sebelum kita
menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Manakala zakat harta pula
ialah zakat yang boleh dibayar pada bila-bila masa sahaja dengan kadar
2.5 peratus daripada jumlah harta yang dimiliki. Ini bermaksud dalam
harta kita itu ada hak golongan lapan asnaf yang layak menerima zakat
daripada kita.
Apabila sebut zakat, ramai yang menganggap zakat
fitrah. Malah ia menjadi bahan bual bicara di sepanjang Ramadan
hinggalah menjelang hari raya Aidilfitri. Ketika itu, orang ramai akan
berpusu-pusu membayar zakat di pusat zakat, kaunter bergerak, masjid dan
di mana sahaja tempat yang menyediakan khidmat pembayaran zakat.
Pegawai Penasihat Agama di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahmad Aminuddin Sarun berkata, zakat
wajib dibayar oleh orang Islam yang berkemampuan bagi membersihkan dan
menyucikan harta mereka.
~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~
Catat Ulasan
0
Ulasan
About Me
Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.