Sedutan bab 27
"AWAK SUKA SAYA TAK? Lebih sopan....lebih manis....untuk kita yang
belum ada apa-apa ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan
halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru
saya cakap I Love You."
-------------------------- -----------
Sedutan Bab 46
"Don't you ever disobey me! Jangan cabar I. You belum kenal I siapa!
Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan
tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't
see me again!."
-------------------------- ---------------
bab 32
Hilman mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya, sebentuk cincin.
" Cuba sarungkan…"
Aku ambil dan masukkan ke jari, muat.
" Cincin apa ini?"
" Cincin tunang kita."
Aku hampir tercekik.
‘ Hilman………mana boleh macam ini? Mak ayah saya tak tahu lagi. Ini cara barat. Saya kurang setuju."
Hilman selamba je, sibuk memecahkan telur ke dalam mangkuk.
" Itu cincin tanda. Bagi saya macam tunang la. Tanda yang awak sudah
saya ikat. Yang lain – lain tu adat je. Yang ini antara kita berdua.
Pasal mak ayah awak, jangan risau. Nanti saya uruskan. Satu – satu .
Banyak sangat hal dan masalah yang berlaku."
Lega…..
Aku menghirup teh o panas perlahan – lahan. Hilman tersenyum ,
" Jangan risau…saya akan uruskan segalanya. Saya nak awak minta cuti
setahun dari pihak universiti selepas kita kahwin. Nak honeymoon selama
setahun."
Aku hampir tersemburrrrrrrr.
" Honeymoon setahun? Honeymoon apa tu? "
Hilman memandang aku pelik,
" Tak cukup ke setahun? Kalau macam tu hari – hari la kita honeymoon……."
Aku dah tercekik, tersembur dan terbatuk – batuk. Cepat – cepat aku tutup mulut dengan napkin. Tolong!
-------------------------- ---------------------
Sedutan Bab 35
" Awak suka saya tak? Saya hanya mendengarnya sekali ketika di Masjid Wilayah dulu ..itu pun awak tarik balik."
" Saya tak pernah? "
" Ya…tak pernah. Hanya saya …kadang – kadang rasa malu, seperti
bertepuk sebelah tangan. Walaupun hidung saya mancung, tetapi tak best
pipi tersorong – sorong. Nasib baik, instinct saya kuat…Saya tahu awak
suka saya dari mula kita bertemu di KLCC…kemudian perasaan itu semakin
subur dan berkembang walau awak cuba menahannya…menafikannya."
Alamak! Hilman nak dengar ungkapan cinta dari mulut aku pula? Ini yang
aku lemah ni. Kalau bab bergaduh berperang boleh la. Hilman masih
menanti. Aku segan…lebih – lebih lagi mak ada. Walau pun mak sibuk
dengan hal dia…tetapi aku rasa tak sedap pula…rasa macam gatal dan tak
hormat orang tua.
" Intan…I’m waiting. Masa berjalan…"
" Saya tak pernah ya?"
Aku ulang lagi. Hilman menggelengkan kepalanya.
" Bukan dah pernah?"
Geleng lagi.
" Sekali pun tak pernah?"
Geleng juga. Nampaknya Hilman tak mahu berkompromi. Aku menarik nafas panjang,
" Nanti saya cakap bila tiba masanya."
‘ Inilah masanya."
Beratnya mulut…..aku berbisik.
" Saya suka awak."
" Sorry……"
Aku kuatkan sedikit suara tetapi tetap berhati – hati, malu kalau mak dengar.
" Saya suka awak.’
" Itu saja? "
" Saya suka awak. Kagum dengan awak. Lelaki pertama dan terakhir ….."
Teruknya ayat aku..langsung tak boleh pakai. Kalau mengurat kuda, kuda pun lari.
-------------------------- ------------
Sedutan bab 38
Amber merenung aku sinis,
" Who said I tak dapat lelaki itu? You should pity yourself..dapat sisa I."
" Bayangnya pun you tak dapat..sisa konon."
Amber gelak..sebiji macam tukang sihir dengan batang penyapu,
" Well..tak sangka…nampak macam tertutup tetapi berbaloikah bertikam
lidah kerana seorang Damien….yang terkenal dengan playboynya? "
" Ermm…I tak bertikam lidah, cuma melayan salakan seekor anjing cacat yang confused gendernya ."
Amber berdiri,
"Well…I knew every inch of Damien. Di mana tahi lalatnya..di mana
parutnya. I yang putuskan hubungan dengan dia. Bukan dia yang tinggalkan
I. You’re just lucky…you dapat dia because I dumped him… "
Amber melangkah pergi dengan bersahaja,
" Amber darling…"
Aku memanggilnya, dia menoleh.
" Damien darling beritahu saya dia tinggalkan awak sebab awak ada satu
tahi lalat yang besar di sebelah kiri punggung awak…sebesar ibu jari,
dah la hitam , berbulu pula. Dia geli. " Aku mereka!
Amber berlalu pergi dengan pantas. Jahatnya mulut aku! Habislah Hilman kena sembur dengan Amber!
Ha ha ha ha ha
-------------------------
Sinopsis :
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American -
Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan
itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila
Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari
Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi
berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien
Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang
daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien
semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang
penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku… Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat
melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak.
Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi
awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t
worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada
selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya
nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can
feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya
cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak
semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien
Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh
menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien
sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling
bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan
sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita
akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah
dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh
melenyapkannya." Intan Zulaikha
Judul : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM35
Sabah / Sarawak :RM38
Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller POPULAR, 2 Minggu
Berturut-turut. Novel ini juga berjaya menarik rancangan nasi lemak kopi
O dalam segmen SINOPSIS.
Minggu Ini Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, 2 Minggu Berturut-turut berikutnya
—MELUR JELITA
2 Ulasan
macam best jer >_<
BalasPadamsy ada jual yg preloved punya,cuma rm20,boleh sms0136177134
Padam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.