Layan citer ni dah 3 hari . X boleh nak habis cpt. Nanti kanda jeles. He he he Faham kan. Klu ikutkan mmg asyik sangat Baca buku ni. X hinggat keje rumah yg byk x diselesaikan tu.
PREVIEW...
Sedutan 1 ( Bab 4 )
“Pakai biasa-biasa sudahlah!” ngomelnya.
Aku memandangnya pelik. “Inilah pakaian interview. Apa masalahnya?” tanya aku.
“Cantik sangatlah! Saya takut awak terus dapat kerja tanpa interview! Selalu pakai seluar, pakai je lah seluar! Awak ini, memang menggoda iman sayalah.”
Aku ketawa! Macamlah selalu sangat melihat aku, aku memanglah berpakaian sempoi, tapi ini temuduga, kenalah bagi good impression!
“Macam ini bertudung litup ini awak kata tergoda iman awak? Awak ni biar betul?? Model-model awak tu lagi seksa... tak pula awak tergoda??” Aku pernah melihat model-model seksi dibutiknya sewaktu aku menghantar bunga dahulu. Lagilah seksa!
Adam terdiam. “Itu lain. Itu pekerja, ada boundaries! Kita tak boleh bercinta dengan pekerja kita, Ayesha.” Ujar Adam, perlahan. Muka macam dissapointed. Apa kes?
“Cepat sikit, saya follow awak. Nanti bos saya sampai, saya tak mahu dia tahu saya pergi interview!”
“Awak nak follow apanya, awak naik sajalah kereta saya.” Adam membuka pintu keretanya untuk aku. Aku melihat keretanya, BMW 5 series berwarna putih, walaupun bukanlah kereta kegemaran aku, tetapi untuk menaikinya, adalah menjadi idaman sejak dulu lagi.
“Hish saya naik kereta kancil saya lah!” Aku jadi segan.
“Saya hantar awak cepat sikit. Jom! Lagipun saya tak pernah bawa orang perempuan naik kereta saya tau... awak orang pertama naik selain my mom.” Adam tersenyum.
‘Apa maksudnya??’ Aku tertanya-tanya. Aku terus naik setelah dia mendesak sangat. Lagipun, bos dah nak sampai waktu-waktu macam ni. Aku dah minta time off through sms tadi, bos sendiri yang approved. Kalaulah dia nampak aku dekat sini, mesti mati aku! Sudahlah dia tak tahu lagi aku nak cari kerja lain. Jangan sesiapa bocorkan rahsia sudah. Biar dia tahu dari mulut aku, baru puas hati.
Adam menutup pintu setelah aku masuk ke dalam keretanya, dia kemudian membuka pintu pemandu dan masuk ke dalam. Dia tersenyum kepada aku. Aku jadi tidak selesa apabila terlalu dekat dengan Adam. Rasa semacam! Feel tu lain... Oiii Yang Ayesha! Jangan fikir yang bukan-bukan, Adam tu anak orang kaya, dia tu ada butik sendiri, dia tu mesti dah ada awek, lepas tu dia tu anak mak, mak dia ranggi gila! Kau memang tak ngam! Jauhkanlah perasaan aku ni kepada Adam! Dia kawan... kawan sahaja!
“Ready?”
Aku mengangguk. “Awak betul nak bawa saya pergi temuduga kan??”
“Kalau awak nak dating dengan saya, okay juga!”
“Awak boleh fikir dulu tak ayat-ayat awak tu sebelum bercakap dengan saya! Cepatlah...”
Adam tergelak! Lantas dia menekan minyak, keretanya menyusur laju.
--------------------------
Sedutan 2 ( Bab 8 )
“Lepas ni giliran kita pula, Yang.” Bisik Adam ke telingaku.
Entah dari mana dia datang, tiba-tiba di belakang aku. Bau cologne nya menusuk hidung aku, wangiannya memberahikan! Aku buat tak dengar je apa yang dia cakap. Walhal aku dengar, aku rasa nak picit-picit mulutnya.
“Kalau awak tak mahu bertunang, kita kahwin terus pun okay juga.”
That’s it! Kesabaran aku dah mencapai tahapnya.
“Awak kalau betul nak kan saya, awak pikat saya sampai saya suka dekat awak, Encik Adam!” ujarku.
Aikk... aku sebenarnya nak cakap lain, kenapa lain pula yang terkeluar ni? Aku bingkas bangun ke luar rumah. Buatnya orang dengar bicara aku dengan Adam, malu beb!
“Hahh.. Betul ke?”
“Saya tarik balik!”
“Mana boleh tarik balik. Kalau saya berjaya pikat awak, awak akan terima saya?”
“Saya nak tarik balik.”
“Tak boleh macam tu Yang, awak ni sengaja seksa batin saya ni.” Rayu Adam. Adam bersungguh-sungguh.
Aku malu. Macam mana nak tarik balik ni, dah terlajak! “Banyak lagi perempuan lain.”
“Seorang saja yang saya nak, yang ada depan saya ni! Saya janji saya akan jaga awak sebaiknya!”
Aku tersenyum. Malunya berbicara benda macam ni. Adam ni biar betul??
“Esok saya start kerja dekat hotel.”
“Jangan tukar topik okay.”
“Boleh tak jangan cakap pasal tu... gila seganlah!” Muka aku merah. Hish... cerita bab-bab perasaan ni, aku jadi segan, aku jadi geli, aku jadi tak torah! Merepeklah semua ni.
Adam tergelak besar. “Esok saya datang jemput?”
“Tak payah, saya naik kancil saya je.”
“Betul?”
Aku mengangguk-angguk. Suasana diam seketika. Aku tak tahu apa nak cakap lagi, kan aku kata benda ini akan merosakkan persahabatan aku dengan Adam. Adam degil!
“Saya janji Yang, saya akan pikat awak sampai awak jatuh cinta dengan saya. Saya berikrar mulai sekarang, hanya Yang Ayesha untuk Adam Harith!”
Aku ketawa... “Beranganlah!”
“Selalu angan-angan jadi kenyataan...”
“Eleh!” Aku mencebik.
Itu saja yang aku boleh lakukan. Aku tak tahu harus fikir apa lagi. Semua ini terlalu pantas buat aku dan aku masih belum bersedia. Ya, bercinta tu bukannya tak best tapi belum tiba masanya. Tunggulah bila aku mahu jatuh cinta... orang itu pasti sangat bahagia!
“Kita tengok nanti...”
Amboii.. tekadnya dia. Aku pula berikrar akan menepis cintanya itu! Wahh.. berjayakah aku? Sedangkan sekarang.. angin angau dah sepoi-sepoi bahasa lalu di hadapan aku ni...
--------------------------
Sinopsis:
Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.
Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”
Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.
Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"
Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.
Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti...”
Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?
Judul : Pabila Cinta Memanggilku
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM19 / RM16
Sabah / Sarawak : RM22 / RM19
Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!
Novel terbaru dari penulis novel TERLANJUR MENCINTAIMU - Syamnuriezmil. Novel pertama beliau pernah menduduki no 1 carta Bestseller di POPULAR
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.