PERHATIKAN PERBEZAAN DI ANTARA KEDUA GAMBARAJAH DI BAWAH : -




Jom baca.... info dari fb ANDA GEMUK - turun 18 kh sebulan... bonde like page ini suka baca tentang info kesihatan... kawan-kawan silalah like page ini..  banyak info kesihatan yg harus kita ketahui..


1) Usus & Perut : Usus & perut orang yang berbadan gemuk lebih besar. Inilah sebabnya kenapa orang yang gemuk akan makan dengan kuantiti yang banyak & lambat berasa kenyang. Dan apabila sedang menjalani proses menguruskan badan pula, orang yang gemuk kadang-kadang berasa sakit perut kerana sebaik sahaja kurang makan, angin & gas yang banyak akan memenuhi rongga perut. Inilah juga sebabnya kenapa orang berbadan besar kadangkala tetap berasa lapar walaupun sedang makan acai berry. So caranya, better gantikan nasi dengan makanan jenis sup-sup supaya perut terisi dengan lama sedikit.

2) Tulang Keting / Kaki : Tulang keting orang gemuk lebih nipis berbanding tulang keting orang kurus. Ini kerana orang gemuk kebiasaannya mengamalkan pengambilan gizi yang tidak seimbang. Orang gemuk banyak mengambil makanan berlemak & berkarbohidrat dan kurang mengambil makanan yang kaya dengan vitamin & sumber kalsium.

3) Lutut & Kaki : Buku lali orang gemuk akan membengkok kerana sudah tidak berdaya untuk menampung berat badan yang berlebihan. Inilah sebabnya kenapa orang gemuk akan mengalami masalah sakit lutut, sakit sendi, sakit tapak kaki, sakit belakang, gout dan lain-lain.

4) Lemak Terlalu tebal : Lemak di dalam tubuh orang gemuk terlalu tebal. Kehadiran lemak-lemak ini akan menghodohkan kulit serta membuatkan kulit kelihatan menggerutu.

5) Lemak di dalam salur darah & jantung : Agak merbahaya kerana lemak juga bukan hanya berada di bawah permukaan kulit tetapi lemak juga boleh terenap di dalam saluran darah. Apabila lemak banyak di dalam saluran darah, saluran darah menjadi sempit & darah sukar untuk mengalir. Inilah sebabnya kenapa orang gemuk mudah mendapat pelbagai penyakit merbahaya.. Jantung juga menjadi tidak cekap dalam bekerja serta mengundang kepada penyakit strok, jantung dan lain-lain.

6) Toksik : Bila badan gemuk, kandungan toksik di dalam tubuh semakin tinggi. Toksik-toksik ini datangnya dari makanan yang telah dimakan. Semakin banyak makan makanan tidak berkhasiat semakin banyaklah toksik berkumpul. Toksik-toksik ini kemudiannya akan mula bergumpal dan akhirnya membentuk BARAH / KANSER.

7). Kadar Insulin : Bila badan semakin gemuk kadar insulin di dalam badan kita akan semakin meningkat. Insulin ini akan membentuk TUMOR di dalam tubuh kita.

8) Pinggang Lebar : Pinggang orang berbadan gemuk lebih besar. Kajian di Boston University Of Medical mengatakan, jika ukur lilit pinggang melebihi 99 cm , kebarangkalian untuk mendapat kanser usus semakin tinggi.

9) Salur Pernafasan : Perhatikan juga, salur pernafasan orang gemuk lebih pendek & sempit berbanding orang kurus. Inilah juga sebabnya kenapa orang gemuk cepat berasa letih, mengah, kuat berdengkur & semput. Dan yang lebih bahaya adalah orang yang gemuk kebiasaannya diserang kematian mengejut ketika tidur kerana ketidakcukupan oksigen & nafas berhenti tiba-tiba.

10 ) Masalah Kesuburan : Orang yang gemuk baik lelaki atau perempuan akan mengalami masalah kesuburan, kehamilan bermasalah dan kitaran haid terganggu disebabkan paras hormon tertentu berlebihan. Inilah sebabnya kenapa orang yang terlalu gemuk sukar untuk melahirkan anak / anak mengalami masalah.

11) Meninggal awal disebabkan pelbagai penyakit... Walaupun mati itu rahsia di atas sana tetapi faktor penyumbang terbesar kepada kematian di Malaysia adalah disebabkan faktor penyakit berbanding kemalangan atau usia tua..


So, inilah sebabnya kenapa anda perlu membuang lemak-lemak degil di dalam tubuh anda. Jangan biarkan diri anda terlewat kerana setiap hari yang anda lalui dengan berbadan GEMUK peratus anda untuk mendapat penyakit akan bertambah. Ramai yang takut untuk mengambil ubat / supplemen kurus tetapi anda patut turut risau sekiranya anda berterusan GEMUK kerana suatu masa nanti anda akan bergantung hidup dengan UBAT-UBATAN . Manakala HOSPITAL pula adalah rumah kedua anda... Masa tu, nak makan pun dah susah.. SOOOO SAY NO TO GEMUK !!!


cherryblossom
gemuk comel, sakit x comel huk huk huk
 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Saya suka gak tengok "The biggest Loser" dan mmg bnyk tips serupa ni kat dalam laman web dorang. Memang bagus jaga pemakanan, disamping untuk kessihatan diri, untuk orang tersayang pun sama gak. ehhe..

    BalasPadam
  2. Apple: bonde klu ade kesempatkan mmg layan "The Biggest Loser"

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.