Novel yang menduduki No 1 carta Bestseller di
MPH untuk 2 minggu berturut-turut. No 2 Carta Bestseller di POPULAR -
Sedutan Akhbar Berita Harian 25/5/2012
Alisa bukanlah anak
gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak
percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? “Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu
pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir
hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih
sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di
sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya.
Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah
tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang
mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya
kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak
fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya
apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz
yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat
Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin
ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita
aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru
bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to
be well.” Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum
pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh
mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan
cita-citanya kesampaian?
Dapatkan di MPH, POPULAR seluruh negara. Novel ini sudah berada di kedai-kedai
Judul : Suami Aku Ustaz Penulis : Hannah Dhaniyah Penerbit : Karyaseni Semenanjung : RM22 Sabah/Sarawak : RM25
Catat Ulasan
0
Ulasan
About Me
Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.