Falsafah Mengenali Sifat Batiniah Wanita



Falsafah Mengenali Sifat Batiniah Wanita
Jom baca....
Dalam memilih bakal isteri, masyarakat Melayu dahulu kala menggariskan beberapa falsafah bagi mengenal sifat-sifat batiniah wanita berdasarkan kejadian tubuh badannya. Pengetahuan ini adalah berasaskan kitab Primbon Jawa dimana ilmu ini diturunkan secara lisan dari guru kepada muridnya.

Beras Tumpah - Kulit kuning, rambut lembut hingga ke hujung, payudara besar, di telinga ada tahi lalat. Dia lekas nak darah, pemboros serta suka bertengkar dengan suami.

Bintang Kesiangan - Berkulit hitam manis, rambut lebat berombak, wajah manis mata redup seperti mengantuk. Dia senang bersama dan mesra dengan suami.

Durgasari - Muka bujur telur berwarna sedikit keemerahan, leher jinjang. Suka khianat, tidak baik dalam rumahtangga dan suka berbohong.

Silasari - Kulit kuning, rambut keperangan lembut sampai ke hujung, payudara kecil, tahi lalat di cuping telinga. Suka naik darah dan pemboros .

Emping Hijau - Kulit gelap, rambut hitam lembut, muka panjang, badan tegap, kaki kecil dan kering, kuku panjang dan kecil. Dia baik, murah rezekinya, bertuah, tapi suka merajuk dan pulang ke rumah orang tuanya.

Matahari Jatuh - Kulit kuning, urat nampak hijau, aliis lentik, mata redup, wajah manis. Sabar, bertutur dengan berhati-hati,, berbudi bahasa, dapat menerima dimadu, setia, teliti dalam pekerjaan, murah rezeki.

Puspa Mekar - Bentuk badan seperti lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki seakan bertemu, ruas betis panjang. Dia dapat melayani kehendak suami.

Galak Ulat - Kulit kuning, rambut keras dan luruss, hujung rambut warna merah. Dia sering menolak kehendak suami.

Gandasari - Kulit kuning, rambut hitam berkilat,, leher agak pendek , gerak tubuh seperti orang malas, buah dada tergantung, tingkah laku pantas, manis dipandang. Tidak menampakkan marah, tutur katannya lembut dan pandai dalam melaksanakan kewajipan.

Sinar Kencana - Duduknya tenang, agak pendiam, berkuulit gelap, rambu lembut, hitam dan halus, bertubuh besar. Perempuan ini baik. Pandai menjaga hati.

Sirih Terlentang - Kaki agak melintang, jika berjalan kaki suka menendang tanah.
Pemboros serta suka melakukan perbuatan keji.

Bunga Lawang - Tubuh kecil, kulit putih kekuningan, melangkah seperti harimau lapar, sentiasa mahu cepat pergi kemana-mana. Pandai simpan rahsia, sopan santun, mementingkan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga.

Matahari Terbenam - Badan kecil, warna kulit kemerahan, sedikit tanda kebiruan di wajah, alis mata tebal. Penyimpan rahsia, spontan, tidak sesuai dijadikan isteri tetapi sesuai sebagai sahabat.

Sari Maya - Badan kurus, rambut genjur dan kasar, wajah kemerahan. Tak pandai meminta-minta, menerima apa sahaja keadaan, taat perintah Allah.

Kunci Kencana - Kulit gelap, badan tinggi besar, kaki pendek. Dia amat bosan kepada suami.
cherryblossom
BONDE SHARE....

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. banyak jugak spesifikasi.. saya pun tak tahu saya golongan yg mana..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.