Jom baca....
"Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah
panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh
dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang
banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?
Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya
mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa
cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah
kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok
mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan
rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga
tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka
banyakkan sembahyang sunat.
Berat ada 3 peringkat
A. Berat sebelum melakukan sembahyang
Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa
berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu
waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada
perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita
mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak
isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini
tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh
sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya
fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.
Contoh - contoh berat sebelum sembahyang :
1. Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
2. Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
3. Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka
sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu
tertinggal atau qada' maka tidak khusyuklah solat.
4. Apabila sedang
berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak
diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai
supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan
rasa terpaksa.
5. Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan
pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan
sembahyang.
6. Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah,
sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk
melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.
Oleh itu orang yang
hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk
sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam
sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia
besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah
yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri,
mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang
dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam
sembahyang.
B. Berat semasa sembahyang
Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak
bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz
yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih
daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang
dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang
C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang
Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang.
Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang
lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam
seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.
Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila
selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka
bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa
tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak
ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang
yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan
janjinya. Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji
kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah
walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu
berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori
akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial.
Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam
sembahyang memerlukan kain.
Perusahaan untuk membuat kain
adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi
pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi.
Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh
orang-orang dulu.
~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.