Jom baca....
~Siang ~sore~malam~ pagi |
Waktu
adalah umur manusia, ia tersusun dari detik demi detik hingga meningkat
menjadi minit lalu jam, hari, dan seterusnya. Hasan Al Bashri pernah
berkata: "Wahai Bani Adam! Sesungguhnya engkau adalah kumpulan
hari-hari. Ketika hari telah berlalu,maka berlalu pulalah sebahagian
dari dirimu"
Di antara sebab terpenting dari berjayanya para pendahulu kita dalam menyelusuri segala tentangan
dan rintangan yang menghadang adalah kedisiplinan mereka mengisi waktu
dengan menginterospeksi setiap detik yang berlalu. Lebih-lebih terhadap
minit, jam ataupun hari. Maka padanlah jika mereka (umat Islam saat
Rasulullah masih hidup) menyandang gelar "Khairul Ummah" (sebaik-baik
generasi).
Demikian agungnya makna waktu dalam kehidupan
manusia. Rasulullah SAW telah bersabda : "Tidaklah akan berpindah Kaki
seorang hamba pada hari kiamat, sampai ia ditanya Tentang empat perkara.
Tentang umurnya, bagaimana ia menghabiskannya, tentang jasadnya,
bagaimana ia mempergunakannya tentang hartanya, dari mana ia
mendapatkannya dan kemana ia menghabiskannya, dan tentang ilmunya,
bagaimana ia mengamalkannya. (Ad Darimi: 538)
Manusia akan
mempertanggungjawabkan sekecil apapun persoalannya di dunia ini. Maka
sungguh menghairankan, bagaimana jam, hari dan tahun berlalu dengan
sia-sia. Ibnu Mas'ud berkata: "Saya sangat membenci sekali, jika melihat
seseorang yang leka, tidak mengerjakan amalan untuk dunianya maupun
untuk akhiratnya."
Begitulah para salaf ash sholih, mereka
selalu mengisi umurnya dengan tekun, baik dengan perkara dien ataupun
dunia, tanpa letih dan jemu. Waktu yang terkait dengan tujuan penciptaan
manusia, iatu beribadah kepada Allah SWT.
"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz. Dzariyat :56).
Ibadah kepada Allah tidak akan terwujud kecuali dengan penjagaan
terhadap waktu. Jika seorang hamba memahami makna ibadah dan tujuan
penciptaan makhluk, maka sudah pasti ia akan memahami pentingnya waktu.
Dan jika waktu adalah barang yang berharga bagi orang yang berakal, itu
tak lain kerana waktu adalah umur manusia, sebuah kehidupan yang dimulai
ketika saat kelahiran dan berakhir hingga detik-detik menjelang ajal.
~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~
1 Ulasan
bondee
BalasPadamsaya tag bonde
http://mydreamzworlds.blogspot.com/2012/05/segmen-aku-terjah-kau-kau-terjah-aku.html
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.