Jom baca....
|
Ada yang bercadang nak pindah umah baru, atau nak menyewa rumah....boleh lakukan petua ini. InsyaAllah. |
Azan
- Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah
hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah
bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan
dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang
suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya
untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan
Surah Al-Baqarah."
Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran -
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar
kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau
bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran."
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan
Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh
malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah
Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi
sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah
sebanyak 7 kali.
~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.