NOVELIS MIMIE AFINIE VS NOVELIS AINA EMIR






Tolong Ingatkan Aku -Sinopsis

Tak handsome pun tak apa... janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.

Pertemuan pertama kali dengan Azlan mengundang sengketa antara mereka. Azah memang menyampah dengan lelaki perasan bagus tu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Dengan ayah, dengan mak long bolehlah Azlan nak masuk jarum tapi bukan dengan dia ya.

"Saya berani potong jari… takkan ada ustaz yang nak awak. Usah kata ustaz, lelaki lain pun tak nak perempuan perangai entah apa-apa dan brutal macam awak tu. Entah-entah lawyer yang mak long awak carikan tu pun tak sudi bila jumpa awak nanti."

Dalam tak sedar, perempuan yang entah apa-apa itulah yang telah berjaya mencuri hatinya. Perempuan brutal itu jugalah yang dia mahukan. Tapi mana dia nak sangka, ada juga lelaki yang 'pandang' Azah... nakkan Azah. Bukan calang-calang orang pulak tu. El ada pakej lengkap. El menepati ciri-ciri yang Azah cari selama ini. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki itu? Perbezaan antara mereka sangat jauh. Macam langit dan bumi.

TOLONG INGATKAN AKU mengajak anda untuk sama-sama ketawa, senyum, marah, merajuk dan menangis bersama Azah, Azlan, El dan yang lain-lain. Selamat membaca dan menghayati.



" masa jalan di Pesta buku hari tu, bonde dok telek buku ni...tp x beli sebab budjet dah abis dok beli buku lain... kalau ade kesempatan secound time ke PWTC mungkin bonde beli buku ni dan satu lagi yg kat bawah ni..."



Pukul 3.00 Pagi -Sinopsis

Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering
berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di
sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.

Pun begitu, Dania atau 'Nia' berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah,
lelaki kacak tapi 'brutal' bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk
membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia.

Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah
datang memberi tekanan.

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti 'enigma' di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung.
Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana 'kepelikan' dan 'keunikan' yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?

Tetapi... siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang
membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih
dengan hak orang.

Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan 'baik' vs 'jahat'. Apakah mungkin label 'baik' pada Dania mampu
untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan?
Tapi... kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon?




~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~


Catat Ulasan

0 Ulasan