Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku
bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga
orang yang dicintai dan yang tidak mencintai Jiwaku berkata padaku
dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman
dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku. Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan
kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang
luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman. Jiwaku
menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari
lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku agar mendengar suara –
suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan
setiap kata – kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang
dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan
kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu
melihat kejernihan disebalik kekotoran. Jiwaku berkata padaku dan
menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara
yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan
betapa berdosanya diriku.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku
selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk
mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu
keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang
hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan. Jiwaku
mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang
tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik
untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan
kepadaku tetapi ia kadang – kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan
Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian
agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku
tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.
Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang
kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah
cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati –
hati manusia terhasil dari keizinan dariNya. Jiwaku menasihatiku dan
mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa
mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci
waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku
mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah
walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana
kelak. Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku
menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis,
menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah
tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas,
dihimpit, kebenaran tetap kebenaran ! Jiwaku mahu sahabat –
sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang
warak dan yang terjamin Syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh
didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata
mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasa yang penuh dosa yang berharap
Allah mengampunkan segala.
Jiwaku menasihatiku dan saudaraku.
Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta. Jangan
jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba
Allah yang sebenar – benarnya. Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat – sahabatku. Moga Allah redha.
~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~
Catat Ulasan
0
Ulasan
About Me
Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.