Jom baca....
cik bunga dan cik kembang... |
(NOVEL TERBARU) CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG - Airisz
Novel yang menduduki carta no 1 Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita harian 16 Mac 2012
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit.
Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang
istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat
bahagia.
Dia? Dia memang segak.
Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak
lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang
Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi
tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa
paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
Asal-asalnya,
dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya
jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja,
kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia
cakap,
“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan
bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan
berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri
tidak boleh ada sebarang rahsia.”
Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi
sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana.
Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau
benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?
~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.