jom baca....
Anda sedang tidur dan
anda ingin bangun dari tidur, tiba - tiba badan anda tidak dapat
bergerak, otak anda menghantar isyarat untuk bergerak tetapi kaki dan
tangan tidak bergerak walau seinci. Semakin anda meronta, semakin susah
anda bergerak. Anda ingin menjerit, tetapi suara anda tidak dapat
dikeluarkan. Terasa seperti anda sedang ditindih sesuatu.Sesiapa yang
biasa pernah kena?
Inilah
situasi berlakunya Sleep Paralysis.Suatu fenomena yang sukar dibuktikan
oleh akal manusia. Setiap manusia dikatakan 80% mengalami fenomena
Sleep Paralysis ini. Di Newfoundland, ianya dikenali sebagai 'Old Fag',
di Hong Kong ianya dipanggil 'Penindasan Hantu', di Jepun, ianya diberi
nama sebagai 'kanashibari' dan Mexican mengelarkannya sebagai 'a dead
body climbed on top of
David
McCarty, seorang pengkaji fenomena tidur di Louisiana State University
Health Sciences Center's Sleep Medicine Program, menerangkan, ketika
manusia tidur, mereka cenderung untuk memikirkan tentang pelbagai
perkara (berangan) dalam bentuk berperingkat dan disusun seperti plot
dalam penceritaan. Jadi apabila mereka dalam keadaan tidak sedar, setiap
motor sensory dalam badan akan berinteraksi dari tindak balas angan -
angan tadi sehingga satu tahap dimana terlalu banyak signal dihantar ke
otak menyebabkan badan mereka menjadi lumpuh sementara (dikenali sebagai
atonia).
Pelbagai
andaian dan kajian dibuat bagi menyelidik fenomena sleep paralysis ini.
Namun bagi umat Islam, kita mempercayai setiap kejadian yang Allah
tetapkan adalah bersebab.
untuk mengelakkan diri dari dihimpit atau ditindih ketika
tidur,
AMALKAN :
~ Ambillah air sembahyang
~Bacalah
"Ayat Al -Kursi"
~Bacalah surah al-ikhlas 7 kali
~Bacalah doa masuk tidur
InsyaALLAH tidur akan lena..
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.