Cermin Diri Mendirikan Solat





Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada
masa lainnya kamu lupa padaNya. Jika sembahyang mu 10 minit,
cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam
10 minit itu pun kamu ingat selain daripadanya?

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
bagaimana lafaz ikrar mu kepadaNya. Tulen atau hanya sebutan
dimulut sahaja. Sama seperti burung kakak tua yang petah berkata-kata?

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padaNya yang telah memberi rezeki
kepadamu, menampung keluargamu , membeli rumah , kereta
dan sebagainya.. .tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih
tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada
teman-teman mu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan
dan bangsa mereka sedangkan kamu sendiri tidak
tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu mu, kelulusan mu, amal ibadah mu
dan kehebatan mu berhujah. Sedangkan kamu belum tahu adakah
Allah redha dengan apa yang ada di sisi mu itu.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh mu,
menggunakan wang ringgit atau kuasa pangkat mu untuk menjatuhkan
mereka yang kamu tidak suka.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wang mu untuk
bersedekah ke jalan Allah dan berzakat kepada mereka
yang memerlukan kerana takut wang kamu akan habis.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada teman mu
yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji atas usaha bersungguh-
sungguh mereka. Sedangkan kamu berkerja hanya seperti
melepas batuk di tangga kerana gaji. Berperasan gigih

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan hak keluarga mu yang di rumah. Rezeki dibawa
pulang untuk mereka langsung tidak dikira sumber halal haramnya.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih merungut dan mencaci maki apabila ditimpa musibah,
Walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datangnya daripada Allah.
Tidakkah kamu fikirkan kepada siapakah kamu mencaci itu??

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
majlis kulliyah ilmu untuk bekalan akhirat diabaikan tidak sepertimana
mengejar ilmu duniawi mu.

Ingatlah.jika kamu taat bersolat 5 waktu tetapi masih juga cenderung
melakukan perkara-perkara di atas, kemungkinan amalan solat yang
dilakukan itu ada kekurangannya. Masih belum lagi sempurna untuk
mendapat keredhaan Allah swt? Muhasabah diri segera sebelum
terlewat. Jangan hanya di akhirat nanti baru kesedaran.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud "Sesungguhnya
sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

 Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud "Neraka Wail
bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali
kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Sekian, Wassalam.

P/s : Jika tidak keberatan sila sebarkan.
Jadikan 'tolong ingat mengingati' sebagai amalan kita bersama.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
Kongsilah bersama teman-teman anda yang lain.
Semoga kerja ikhlas yang sedikit ini, diberkati Allah sebagai
sumbangan kerja dakwah kita bagi hari ini. InsyaAllah.



Catat Ulasan

0 Ulasan