PENTING!!!! PENYEBAB WANG TIDAK PERNAH CUKUP...



Ada masanya letih bekerja tp pendapatan yg kita dapat masih juga x cukup untuk menampung kehidupan keluarga.  Kalau gaji naik pun, duit masih x cukup jugak kan.... mengapa agaknya..jom tgk perkara berikut ada kene mengena x..

1- KENAIKAN HARGA BARANG ATAU INFLASI

Setiap tahun harga barang & perkhidmatan akan mengalami kenaikan secara pelahan-lahan tanpa kita sedar.  Ini terjadi kerana nilai duit menjadi kecil.  Masalah akan lebih terasa jika pendapat kita tidak setanding dengan kenaikan harga barangan atau perkhidmatan yang terpaksa kita beli.

2 - GAYA HIDUP DI LUAR KEMAMPUAN

Ada juga yg masih guna perinsip " Biar Papa asal Bergaya" sebab utamanya ialah boros.  Sebab tu selalu bebelanja diluar batas. Pembelian pakaian mahal, makan di luar, aksesori, barangan elektronik dan lain2 yg tidak perlu hanya akan membuatkan anda terus dalam kesempitan sepanjang masa.

3 - HUTANG DENGAN KADAR BUNGA YG TINGGI

Caj bayaran penggunaan kad kredit. bila dah byk utang...  mampu byr kadar minima je... emmm hak caj lewat bayar,  hak caj itu ini makin naik...
buka mata ya.... jgn ambik mudah.... belanja bila perlu sahaja...

4 - PENGELUARAN YANG TIDAK DIRANCANG

Pengeluaran yg tidak dirancang mungkin berlaku dalam keluarga...
contohnya : bila anak sakit dan perlu rawatan hospital, belum lagi kalau saudara terdekat memerlukan bantuan yang dalam kesusahan....


Jadi...

" Displinkan diri kita berbelanja mengikut keperluan bukannya kehendak...

Selamat mencuba... kita yang mencorakkannya... Insya ALLAH berjaya"


Catat Ulasan

0 Ulasan