Untuk Suami & Isteri....



Doa untuk suami dari isteri  

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, 
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat.  Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.  

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal   Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredha...an   Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista   Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu.  

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan,  Ya Allah   Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash   Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus   bersamanya,  Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan   membimbing tanganku dititianMu,   Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala   perbuatannya,  Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di   Jannah Mu,   Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan   segala perintahnya,   Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di   DuniaMu ,  Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari   menyakiti perasaannya,   Sekiranya...   suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka,  Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah   dan ragamnya. 

Tetapi Ya Allah...   Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku   seorang   Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku   harungi segala dugaan Mu. 

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..   Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..   Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang   melalaikan..   Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan   keadaanya. 

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan   Kau pandulah aku untuk menarik dirinya   keluar dari terus terlena.   Ya Allah...   Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku   Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan  ketelanjuranku   Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. 

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai   2   Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai   isteri..   Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu   Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku   petunjuk kearah rahmat Mu. 

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..  
Aku buta tanpa bimbinganMu..  
Aku cacat tanpa hidayahMu..  
Aku hina tanpa RahmatMu..  

Ya Allah   Kuatkan hati dan semangatku   Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu   Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami .  Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu   Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha   Hanya padaMu.

Ya Allah ku pohon segala harapan   Kerana aku pasrah dengan dugaanMu   Kerana aku sedar hinanya aku   Kerana aku insan lemah yang kerap keliru   Kerana aku leka dengan keindahan duniamu   Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu   Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu   Ya Allah Ya Tuhanku...  

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati   Isteri yang dikasihi   Isteri yang soleha   Isteri yang sentiasa dihati   Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

~Bonde~
Ku Mahu Itu

Catat Ulasan

0 Ulasan