Makan memang mengasyikkan, Apatah lagi makanan yang dimakan itu merupakan hidangan kegemaran..aiskrim, coklat, x kurang juga dengan nasi berserta lauk pauk istimewa. Disebabkan terlalu enak & asyik, kadang-kadang x sedar pula makan keterlaluan. Bahaya betul kalau dibiarkan berlarutan. Silap-silap obesiti pula... Berikut, diberikan beberapa tip untuk mengawal makanan anda :
9 TIP Elak Makan Berlebihan
1.Makan Dengan Perlahan
Makan terlalu cpt membuatkan anda cenderung makan berlebihan. Kadar respon organ pencernaan lebih lambat berbanding dgn kecepatan makanan yg msk ke dlm tubuh. jd makan lah dgn pelahan agar tubuh sempat memberikan signal bahawa anda sudah kenyang.
2. Ambil nafas
Setelah mencuci tangan dan duduk dimeja makan jangan terburu-buru mengambil makanan yg terhidang. Ambil masa anda dahulu dan bertenang. Ambil nafas, & perlahan-pelahan mengambil makanan sebelum dimakan.
3. Beri perhatian
lagi satu tip yg boleh anda amalkan adalah beri perhatian pada setiap makanan yg anda makan. Makanan yg enak dan menarik, tentunya bukan hanya mulut dan tekak anda shj yg perlu menikmatinya. Mata & fikiran jg perlu sma-sama mendapat habuan utk menikmatinya bukan perhatikan bentuk makanan & komposisi warna hidangan disamping anda menikmati rasanya.
4. Selesaikan setiap kunyahan
Jgn sesekali memotong makan yg lain di dalam pinggan sebelum makanan yg sedang anda kunyah telah habis di telan.
5. Potongan kecil
Potongan kecil yang sering menjadi ukuran anda ketika menyuapkan ke mulut anda ketika menyuapkan ke mulut sebenarnya boleh dikecilkan lagi menjadi dua bahagian. Ini sebenarnya boleh membantu anda utk lambat menyuap makanan seterusnya.
6. Aktiviti
Jangan makan sambil melakukan aktiviti lain spt menonton tv, bekerja atau membaca.
7. Kawal Kuantiti
Kendalikan kuantiti makanan yg masuk ke dlm mulut anda. Ketika di restoran, kuantitinya mungkin sukar dikawal, tetapi apa yg boleh memberi ruang kepada anda lakukan adalah dengan memilih makanan ug boleh memberi ruang kepada anda utk mengurangkan kuantitinya. contohnya nasi hingga lauk-pauk yg anda pilih sendiri, pasti boleh dikawal sepenuhnya oleh anda.
8 Gantikan ukuran pinggan
Gunakan pinggan nasi yg lebih kecil, Ilusi pinggan kecil amat berguna kerana makanan yg anda letakkan di pinggan mudah kelihatan penuh & banyak. Ia membuatkan anda ragu-ragu utk menambah makanan lg bukan.
9 Tunggu Waktu
Sekiranya anda ingin menambah makanan setelah makan pertama yg anda ambil tadi dihabiskan, cuba tunggu beberapa saat. Makanan yg dimakan td masih belum dicernakan dgn sempurna di dlm perut anda sehingga membuatkan anda berasa masih lapar. jika dalam tempoh antara 10 - 20 minit anda masih terasa lapar, teruskanlah menambah makanan. Jika sudah kenyang. hentikan makan.
Sekian Selamat Mencuba...
TIP DARI MAJALAH MINGGUAN WANITA
Bonde
~ku mahu itu~
1 Ulasan
nice sharing bonde =) thanks
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.