Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua,
Amacam best tak cerita Part 1, Part 2 dan Part 3 yang Bonde kongsikan pada anda.. Hari ini adalah hari kedua Bonde berada di Johor, hari ini Kingz MG tak 'follow' kami explore Negeri Johor, rider meneruskan perjalanan ke Singapura untuk meneruskan aktiviti seperti yang telah dijadualkan.
Team PDRM, Team JPAM dan Team Media bersama Puan Nor... akan explore Negeri Johor.. anda baca sampai habis entri ini untuk dapatkan info menarik sepanjang perjalanan kami.
Perassan yang amat teruja tidak terluah hanya dengan perkataan.
[ SEJARAH MENGENAI STADIUM TAN SRI DATO' HJ. HASSAN YUNOS ]
Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos. Stadium yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Pada 2013, Perbadanan Stadium Johor telah menyerahkan stadium ini dengan hakmilik penuh kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor dengan diselenggara oleh Johor Corporation.
Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos kini memiliki keupayaan menampung 28,000 penonton dengan 22,000 tempat duduk.
FROM LARKIN TO THE WORLD....
Bas khas untuk membawa Pemain JDT ke Stadium memang nampak sangat istimewa Bas JDT ini designnya sangat menarik dan direka khas dengan warna bendera Johor.
Bas yang warna Silver ini memang nampak menarik sekali dekat jalan raya jauh lagi dah nampak, Bas ini sangat dijaga dan dikawalselia oleh mereka yang dipertanggungjawabkan bukan semua orang boleh naik sesuka hati.
Chrome Bas Baru JDT
Team PDRM
YBrs. Puan Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) juga tidak melepaskan peluang bergambar kenangan.
JDT "LUASKAN KUASAMU"
[ GALLERY JUALAN ]
Apa yang menarik dekat Gallery Jualan ini mestilah jersi JDT original, anda boleh beli ikut pilihan dan citarasa anda kerana ada beberapa jenis di pamerkan harga pula adalah standart.
Selain dari jersi anda boleh dapatkan koleksi-koleksi lain memang menarik untuk buat koleksi.
TUMBLER
JAM LOCENG
MUG
CAPS
[KAUNTER TIKET]
Eh apasal kosong ni...tak ada orang beratur? he he he mana ada perlawanan masa ni sebeb tu kosong...
[ MARKAZ ]
MARKAZ adalah tempat untuk Penyokong Kelab Bola Sepak JDT mengadakan jualan tiket khas untuk Penyokong Kelab Bola Sepak JDT disini juga terdapat jualan jersi dan baju khas untuk penyokong JDT. Terdapat juga pameran barangan yang telah digunakan oleh pemain contohnya kasut, gloves dan jersi.
Ada juga di pamerkan pinggat dan juga hadiah kemenangan pasukan JDT.
Sesi penerangan dan taklimat ringkas dari wakil MARKAZ
Pameran jersi pasukan JDT dari mula penglibatan
Kasut milik pemain JDT
Boys Of Straits adalah nama pasukan penyokong JDT. Dipentas ini jugalah peluang untuk bergambar dengan pemain JDT bila mereka turun ke MARKAZ.
Piala Johan Peringkat Kebangsaan Tahun 2016
Koleksi 'stiker' pelekat
[ ISTANA BUKIT SERENCE ]
Destinasi seterusnya adalah Istana Bukit Serence, Istana Bukit Serene adalah kediaman rasmi untuk Sultan Johor dan kekal sebagai salah satu mercu tanda paling terkenal di Johor.
Istana Bukit Serene memelihara pintu gerbangnya untuk tujuan keselamatan, tetapi pelawat masih boleh merakam foto dan mengambil pemandangan istana yang indah. Mengagumi menara tinggi, mengukur setinggi 35 meter dan penuh dengan motif tradisional dan ukiran menarik.
Di dalamnya, sebuah taman besar menonjolkan istana dan menjadi tempat pertemuan untuk perayaan dan perhimpunan Royals.
Gerbang mahkota yang melengkapi istana itu sebenarnya dibina sebagai hadiah oleh Sultan Johor untuk rakyat. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan dapat melihat Royal Highness itu sendiri kerana ia menghiburkan para pelancong.
Tujuan utama ke Istana Bukit Serence ni adalah untuk melihat mercu tanda Negeri Johor iaitu Mahkota Johor dengan dekat. Di Istana Bukit Serence ini ramai pelancong yang singgah untuk mengambil gambar kenangan Bonde pun tidak melepaskan peluang.
Bukit Serene,
80200 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim.
[ PUSAT LATIHAN TERTUTUP JDT ]
Destinasi seterusnya ialah Pusat Latihan Tertutup JDT.... sedikit info untuk anda...
Selain padang latihan terbuka, pusat latihan ini turut memiliki pusat latihan tertutup yang menjadi pusat latihan tertutup pertama di Asia Tenggara dan menelan belanja sebanyak RM8 juta. Pembinaan Stadium ini menggunakan wang peruntukkan dari TMJ.
Pusat latihan tertutup dibina mengikut spesifikasi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi saiz, pencahayaan dan kualiti rumput sintetik yang terbaik.
Bonde berada di luar Pintu Masuk Stadium
Untuk anda yang hendak tahu Info detail bagi Stadiu Tertutup ini info dari Youtube
Nama pun tertutupkan jadi tak boleh masuk!
Padang terbuka
Waktu ni cuaca dah mendung jadi tak gambar pun nampak gelap.
[ JDT CAFE ]
Untuk pengetahuan anda kafe yang beroperasi dari 3 petang hingga 1 pagi itu, mampu memuatkan 100 orang pada satu-satu masa dan menyediakan lebih 20 hidangan makanan tempatan dan barat.
Masa Bonde sampai di lokasi jam 11.00 pagi jadi JDT Cafe tak buka lagi...
[ DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU ]
Bersebelahan dengan JDT Cafe terdapat sebuah Menara Jam lokasi tersebut dikenali dengan nama Dataran Bandaraya Johor Bahru... Sangat cantik senibinanya... belah pagi memang tak nampak apa yang ada cuma tempat letak kereta.. mengikut info yang Bonde perolehi ianya meriah pada waktu malam kerana dekat dataran ini ramai peniaga "Food truck" beroperasi pada waktu malam di mana pekerja Malaysia yang balik dari berkerja di Singapura akan singgah makan atau membeli makanan disini.
[ DAPOR WARISAN ]
Selepas lawatan Stadium tertutup dan Dataran Bandaraya kami terus ke Dapor Warisan yang terletak bersebelahan dengan Stadium untuk berhenti makan tengahari.
Terdapat dua rumah tradisional Johor disini. Satu disebelah bawah dan satu dibelah atas. Cantik sungguh senibinanya dan masih terpelihara.
Hidangan tengahari telah siap.... memang perasaan teruja nak rasa masakan original Negeri Johor. Bonde sempat menjamah rasa masakan yang memang superb sekali gulai lemak daging salai, asam pedas ikan merah, sambal udang, sayur kailan dan telur dadar... tak lupa air sirap emmmm memang sedap sekali... syukur alhamdulillah.
Sambil kami makan, kami dihiburkan dengan mainan lagu menggunakan angklung... disebabkan teruja terus Bonde datang dekat!
DAPOR WARISAN
Lot 888, Jalan Sungai Chat
Johor Bahru 80100
Tel: 016-772 6146
Johor Bahru 80100
Tel: 016-772 6146
Instagram: @daporwarisan
Destinasi seterusnya ke tapak baru Stadium Bonde tak turun dekat sini sebab diluar sudah mula gerimis dan tapak stadium masih dalam proses tambak tanah.. Bonde dimaklumkan Stadium ini mampu menerima kemasukkan penonton seramai 40000 orang, akan dijangka siap pada tahun 2019.
Destinasi seterusnya Forest City.... jumpa next entri yea
Jangan lupa ikuti semua update ETR 2017 di bawah :
Facebook : KINGS MOTORCYCLE GROUP
Instagram : ORIGINAL_KINGZMOTORCYCLEGROUP
Instagram : ETR 2017
Instagram : GAYA TRAVEL
Instagram : SAYANG MALAYSIA
Instagram : VISIT KL
~ Bonde Senyum Riang ~
31 Ulasan
seronoknya kjalan-jalan di JB yer
BalasPadamtumbler JDT tue .. omg cantik sangat ,,ada jual tak
BalasPadamWah bestnya. Suka tgk gambar bonde pakai Mahkota Tu haha
BalasPadamwow, cantik yer bas JDT. Bangga jadi orang johor =)
BalasPadamTeringin masuk bas chrome tu. Tak dapat naik. Tapi tetap best trip nie kan 😉😉
BalasPadamSaya pernah pergi johor tahun 2016 untuk jalan-jalan. Tapi tak pernah pulak terfikir nak masuk ke stadium diaorang. Menarik jugak bole tengok gambar-gambar bonda ni. Terus tetibe rasa nak pergi jugak huhuhu
BalasPadamSo nice you get to visit so many interesting place especially DJt musuem
BalasPadamBagus la bonde bg penerangan lengkap. Tahun depan memang plan nak jalan2 negeri johor, boleh masuk wishlist ni..
BalasPadammacam best je. tak pernah jalan-jalan dengan anak ke Johor. Ingat waktu zaman belajar je dulu. kalau bawa anak-anak tentu mereka suka. bas chrome, masuk padang, siap ada alat muzik tradisional lagi. insyaAllah akan sampai
BalasPadamMemang nampak eksklusif lah bonde bas chrome tu. Nampak mewah pun ada. Galeri jualan tu pun ada ye bonde. Die hard fan JDT wajib ke sini boleh beli sourvenir dan tambah koleksi yang ada. Barang2 yg dijual semua nampak menarik.
BalasPadamIstana bukit serene ana tak sempat ke sini lagi. Padahal dah dekat dah hari tu masa makan di stulang laut.
Saya anak Johore tapi tak permai tour gini. Kena try la
BalasPadamBesar juga yer Stadium Larkin tu. tak sangka ada jual merchandise jugak. haritu lalu je kat area sana.
BalasPadamJdt kebanggaan anak Johor. Menarik juga aktiviti macam ni untuk peminat tegar Jdt.
BalasPadamWah lengkapnya bonde explain. Saya pun belum pernah jejak tempat-tempat ni
BalasPadambestnya ke Johor. macam-macam tempat menarik ada. suka betul tengok stadium JDT tu. cantik dengan warna biru merahnya
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Info yang menarik.
BalasPadamTeruja tgk bas chrome tu..
Kalau pergi jalan2 ke johor, ini boleh dijadikan panduan.
Respek dengan JDT sebab develop sukan bola sepak sampai ke tahap macam harini. Maju compare dengan kelab dan negeri lain. Terbaik
BalasPadamMemang sangat eksklusif team bola sepak JDT, salah satunya team yang macam team bola sepak negara luar. Seronoklah Bonde dapat jenjalan. Dah lama tak pergi ke Johor.
BalasPadampernah pergi johor tapi tak sempat jalan2 tempat lain.. pergi atas kerja aritu tu dah lama 8 tahun yang lalu mesti la banyak perubahan dah jb sekarang.. bus tu sangat mengangumkan tu lawa gila.. wahhh terbaik jb semua benda cenderahati ada tu...
BalasPadamMemang best trip macam ni! Lagi2 dapat melihat bas baru yang eksklusif!
BalasPadamMemang best trip macam ni! Lagi2 dapat melihat bas baru yang eksklusif!
BalasPadamPerghhh peminat team JDT mesti berbangga sebab ada gelaeri mcm ni. Dulu ms kecik duk johor pernah pegi lido tapi x ingat ms tu bukit serene ada apa..
BalasPadamwow menarik, byk kali site visit ke johor tapi belom berpeluang utk tour semua tempat di ats, yg saya tahu blkg padang bola sepak tempat team JDT training tu ada satu food court yg serve bakar2 asam pedas dan tomyam yang superb yumyum dan harga sangat2lah bundalkan bijik mata.
BalasPadamdah lama tak ke JB..teringin gak nak tgk tempat training team JDT dan area-area seangkatan dengannya.
BalasPadamI just came back from JOhor a few weeks ago, didn't know about these places, guess I need to plan for another trip yay!!!
BalasPadamAllahu sis. Kita pernah ke Johor tahun lepas. Memang best! Tine pegi tu, ada beberapa part di Stadium JDT diubahsuai dan paling menarik kalaj ke johor kena makan kacang pool dia. Fuh! Sedap.
BalasPadamWah.. muka ada happy maaa.. hehehe.. macam2 ada.. tempat yang menarik di johoruntuk dikunjungi setakat ni.. pergh.. ada meriam tuu.. heee
BalasPadambestnya...rindu pulak dgn kg Johor. hihihi
BalasPadambestnye tgk cafe n stadium jdt. tak pernah terpikir nak pi johor n pergi those place. boleh dijadikan top places must visit in johor nih.
BalasPadamwow tak sangka menarik sangat tempat ni siap ada JDT cafe dan stadium
BalasPadamwah lawanya cafe dan stadium jdt. neeza sendiri anak johor pun belum berkesempatan nak ke sana. huhu untung bonde
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.