Assalamualaikum Dan Selamat Malam..
Hai reader semua...
Sambungan dari kisah Kelengkapan Ke Korea Pada Musim Luruh, kita sambung jadual kali ini dengan memulakan perjalanan pada hari pertama setibanya di Korea.
JADUAL HARI PERTAMA DI KOREA LAWATAN LADANG ANGGUR
Masa Bertolak Naik Penerbangan Air Asia D7 506 boarding time jam 1.00 pagi.
Bye-bye Malaysia, Bonde bersama KekNil (kaki travel)
Sampai di Lapangan Terbang Incheon jam 8.30 pagi (waktu Korea)
Sampai-sampai kami terus tukar pakaian toilet.. sebab memang dah "plan" dengan rakan-rakan trip nak pose pakai baju kurung semasa di Pulau Nami nanti. (sangat tak sabar nak pose ala-ala wanita melayu terakhir gituuu).
Kami sempat membersihkan muka dan gosok gigi dan tukar pakaian sahaja. masa itu emas, kene kejar mana sebab lepas tu nak ambik luggage dan bas persiaran sudah menunggu di luar airport. Siap tukar baju dekat toilet lebih kurang 9.06 pagi, bergegas naik trian untuk ke blok berselahan.
Sempat ambik gambar tu... he he he
Peeewittt KekNil.... “Eonni, “Saengil chukhahamnida” KekNil sambut Birthday dekat Korea.
Selfie seketul...
Pemandu pelancong kami dah tunggu dengan lambai-lambai bendera Malaysia. Selamat berkenalan dengan Eonni Lilly.
Sementara tunggu bus tiba, masing-masing duduk dulu. merenggangkan badan maklumlah flight 6 jam. ( longgarkan apa yang patut yea...)
Ada maskod sukan untuk tahun 2018.
Masa tunggu bus sampai tu, KakNil sempat bawa kami singgah dekat super market dalam airport tu untuk beli susu pisang. Bonde belilah satu.. sebab tak pernah rasa.
Susu Pisang 1300 Won sebotol.
Sarapan pagi itu adalah roti gardinea yang dibawa oleh KakSofi selaku travel agen kami, roti dimakan bersama susu pisang (ngam ooo).
Firstime Bonde minum susu pisang ni.... baru tahu, rasanya sedap juga.
Baiklah ini jadual lawatan kami selama berada di Korea selama 6 Hari 4 Malam. Yang disediakan oleh travel agen iaitu Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd
Sebelum ini Bonde datang time winter masa tu... Musim buah Strawberry. Dapatlah merasa sebiji 2... rasa strawberry Korea memang lain dari yang ada di Malaysia. Saiznya juga 2 kali ganda besar..
Kami dimaklumkan, kali ini adalah musim anggur dan musim padi menguning... bila tiba musim sejuk barulah musim buah strawberry dan pisang kaki.
Sebelum ini Bonde datang time winter masa tu... Musim buah Strawberry. Dapatlah merasa sebiji 2... rasa strawberry Korea memang lain dari yang ada di Malaysia. Saiznya juga 2 kali ganda besar..
Kami dimaklumkan, kali ini adalah musim anggur dan musim padi menguning... bila tiba musim sejuk barulah musim buah strawberry dan pisang kaki.
LAWATAN KE LADANG ANGGUR
Baiklah untuk masuk ke Ladang Anggur ini bayaran dikena RM 50 seorang. Apa yang dapat ialah seorang berhak memilih mana-mana anggur dalam karung kertas. Setelah mencari dan buat pilihan anda boleh memotong dan masukan anggur ke dalam plastik dan bawa pulang .... jadi buatlah pilihan yang tepat. Anda kene bijak memilih.
Rasa buah anggur ini, tak sama dengan buah anggur yang ada di Malaysia. jadi anda kene nikmati buah ini dengan rasa gembira dan syukur... (ada teknik nak makan buah anggur ni)
Kasi Zoom dekat-dekat yea...
TERLATAH KAKAK-KAKAKKU.... DI LADANG ANGGUR
Kawasan Anggur ini bukan untuk dipetik... sekadar untuk bergambar sahaja dibenarkan.Kakak Viral kita KakLaila
KakYa kita...
KakAisya kita
KURMA CINA.
Kurma Cina biasanya ada dalam hidangan nasi masyarakat Korea, siapa pernah makan korean food mesti tahu. Kalau di Malaysia kurma ni selalu ada dalam air lai chi kang.
Pokok ni ada ditepi rumah tuan punya ladang. Pertama kali tengok Bonde sangkakan ianya ialah buah apple, kerana iras buah apple tapi kecik-kecik sahaja.
Pokok ni ada ditepi rumah tuan punya ladang. Pertama kali tengok Bonde sangkakan ianya ialah buah apple, kerana iras buah apple tapi kecik-kecik sahaja.
teknik makan buah anggur, basuh dengan bersih halakan tangkai ke dalam mulut dan dan picit, setelah picit, buang kulit dan buang biji yang ada dalam mulut tu) baru rasa manisnya ada... Teknik ini diajar oleh Lily Pemandu Pelancong kami.
Tips untuk anda pilih buah anggur :
- Pilih buah anggur yang nampak banyak
- Pilih buah anggur yang nampak segar (tidak kecut dan layu)
- Pilih buah anggur yang sudah masak (jangan pilih yang muda)
PADI HUMA
Dihujung ladang anggur terdapat sawah bendang. Padi sedang menguning, sempatlah Bonde tangkap gambar dekat situ.... Padi di Korea adalah jenis Padi Huma .
Rumah pemilik ladang. Besar dan cantik design dia. (banglo tu...)
Kredit pic:
KekNil, KakLaila, KakSofi dan Honey.
Next entri....
- Makan tengahari
- Pulau Nami
Untuk keterangan lanjut tentang pakej anda boleh layari :
FB Fanpage : https://www.facebook.com/ziarah.sutera
Web : www.ziarahsutera.com
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
waaa dah buat entry... akak x sempat lagi nak buat ni... adeihhh
BalasPadamblogwalking here..best ni le g korea ni..xde rezeki lg nak g..mohon guna iterneri untuk panduan di masa akan datang
BalasPadammistikalamfana.blogspot.my
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.