Assalamualaikum dan Selamat Malam....
Hai reader semua...
Akhirnya buat kali pertama berjumpa dengan Penulis bernama Anjell... PBAKL 2017 kali ini Anjell hadir bersama novel terbaharunya Dr. Alpha Male.
Pagi ni sedih sangat novel Anjell habis stok. Sedihnyalah tak dapat... Sebab ada yang kirim novel tu hu hu hu... dan Bonde pon nak satu untuk koleksi Bonde :)
Lepas tu Bonde tanya dekat staff yang jaga dekat situ... Dia ceritalah Novel tu memang dah habis semalam ahad 30 April dah habis 400 naskah. pagi ni dah habis 1000 naskah... amboi lakukeras novel ni. Bonde cakap dengan dia... kesian saya dari jauh... tapi novel dah habis... sedihnya...
Lepas tu, dia cakap nanti saya tengok stok penulis ada tak? dia ambik yang atas meja Anjell bagi dekat Bonde... (kesian agaknya tengok Bonde) hi hi hi lepas tu dia cakap nanti stok masuk jam 12.00 kene tunggu... tengok yang menunggu ramai giler... sebab nak beli 1 naskah lagi untuk kawan hi hi hi. Jadi Bonde beratur bayar yang dapat dululah...
DR. ALPHA MALE
DR. ALPHA MALE BONDE DAN ANJELL
SINOPSIS DR. ALPHA MALE
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.
“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH
“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH
Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.
“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH
Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.
“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL
Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.
Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.
Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…
“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH
Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Anda yang belum follow blog Anjell pergilah buat terjahan disana.... Yang masih belum baca Novel DR. ALPHA MALE boleh baca dibawah bonde ada share...
DR. ALPHA MALE BAB 1-5
Nanti anda belilah naskah akan mula jual di pasaran mulai bulan Jun hi hi hi
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.