Perjalanan dari Bandar Baru Salak Tinggi, mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja. Kami berhenti 2 lokasi iaitu Petronas Genting Sempah dan RNR Gambang.
Senang sahaja nak ke De Rhu Beach Resort anda gunakan app waze atau gps anda type De Rhu Beach Resort gerenti sampai.
Hari Pertama Di De Rhu Beach Resort
Lebih kurang jam 3.00 petang Bonde telah sampai di lokasi dengan jayanya mengikut panduan yang diberi oleh gps. Alhamdulillah... Maklumlah ini kali pertama Bonde menjejakkan kaki di sini.
[JAM 3.00 PETANG] CHECK IN
Berketepatan jadual 'check in' juga adalah pada jam 3.00 petang.
Selesai'Check in' dikaunter kami masuk ke Bilik... Wahhh nampak terus terkam katil... nak luruskan apa yang patut maklumlah perjalanan agak jauh.. nak lurus-luruskan pinggan gitu.
SUASANA DALAM BILIK
Seperti biasa Bonde akan semak apa kemudahan yang diberikan oleh pihak Resort kepada pelawat macam Bonde....
Suasana dalam bilik sangat bersih dan kemas. Bonde suka.... ada sesetengah resort yang Bonde datang tak sediakan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya untuk kegunaan pelawat yang datang.
Alhamdulillah... Resort ini menyediakan banyak keperluan seperti berikut :-
Dalam Almari Baju terdapat :
Sterika
Papan menggosok
Sejadah
Al Quran
Penyangkut baju
Plastik dobi
Coffee Bar :
Peti sejuk
Air Mineral
Cawan/Gelas/Sudu
Kopi / Teh / Gula
Cerek Elektrik
Ruang Rehat dan Santai :
Katil
Television + Siaran astro
Telefon
Kerusi santai
Lampu tidur
Ruang Bilik Air :
Lengkap Peralatan mandi
Tuala
Perkhidmatan free WIFI👍👍👍👍👍
AKTIVITI BEBAS : MANDI KOLAM 4.30 PETANG.
Memandangkan jadual petang ini adalah bebas, Selepas waktu asar, kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan sekeliling Resort dan mandi-manda di kolam renang yang ada.
Bawa peralatan mandi sendiri... jadi senang dan selesa.
Ini adalah Kolam Private untuk pelawat dan member sahaja... ada 2 kolam 1 kecil dan kolam besar.
KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KOLAM RENANG
Sewa pelampung
Tempat salin pakaian
Tempat Mandi (shower)
Tempat bersantai (meja dan kerusi)
2 Kolam Dewasa
1 Kolam Kanak-kanak
Susur jalan ke Pantai
TEMPAI RIADAH DAN PLAY GROUND
Berdekatan dengan kolam, ada terdapat Kerusi dan meja untuk anda dan family duduk berehat dan beriadah, Dihadapannya pula terdapat alat permainan untuk kanak-kanak dan juga alat senaman untuk orang dewasa.
[JAM 8.00] MALAM PROGRAM BERSAMA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR.
Program malam itu telah diadakan dibilik Bunga Raya, Majlis dimulakan dengan makan malam, Seterusnya Pengenalan mengenai Lembaga Zakat Selangor (Bahagian Media Sosial) Isu-isu viral di Media Sosial dan Kuiz dari Lembaga Zakat Selangor.
Bilik ini mempunyai kemudahan seperti berikut :
Pentas dan Background /Banner
Microfon dan PA Sistem
Rostrum
Kerusi & meja makan
Meja Buffet
Wifi
Pakej Bilik Seminar
PENERANGAN DARI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
CENDERAHATI DARI LEMBAGA ZAKAT UNTUK BLOGGER KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
CENDERAHARI DARI KBBA9 UNTUK LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
SESI BERGAMBAR BERSAMA FAMILY KBBA9
BONDE DAN FAMILY
FACILITIES LAIN YANG TERDAPAT DI DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN, PAHANG IALAH :
10 Dewan Untuk Pelbagai Program Dan Majlis boleh seperti majlis ilmu kursus, seminar,mesyuarat, team building Program Kelab dan Persatuan, dan Majlis besar untuk adakan Family Day, Gathering, Reunion, Majlis Makan Malam, Majlis Perkahwinan dan sebagainya.
Kerana De Rhu Beach Resort ada menyediakan kemudahan untuk anda pada pakej yang sangat menarik dan harga yang murah.
LAIN-LAIN KEMUDAHAN YANG ADA IALAH :
Kemudahan Cafe, Restoran, Gym, Karaoke, Perkhidmatan ATV, Padang untuk aktiviti Sukaneka dan Family Day, Peralatan Sukaneka, Crew Sukaneka dan Kolam Renang yang luas.
Pakej ATV
REVIEW BONDE :
De Rhu Beach Resort adalah tempat yang sangat sesuai untuk datang bercuti bersama keluarga dan sendainya hendak mengadakan apa-apa program ilmu di De Rhu Beach Resort memang sangat sesuai bonde ulangi lagi kerana..... semua fasilitis yang anda cari ada disini. dewan, bilik yang selesa, dan yang paling penting sekarang memang ramai yang akan tanya dahulu ada wifi tak ? anda tak perlu bimbang lagi kerana semuanya ada disediakan.
Baru dua hari balik Bonde dah mula rindukan suasana disana terutama kolam renang yang luas dan sangat menarik dan pastinya teringat makanan yang sedap. jadi jangan lupa dapatkan pakej menarik dan lengkap semua kemudahan untuk family anda dan sila beri cadangan dekat majikan anda juga... sini memang sesuai dan bagus.
Kalau nak bercuti lagi nanti Bonde nak datang sini lagi... dah jatuh cinta!
Untuk infolanjut dan pertanyaan boleh layari:
Facebook: De Rhu Beach Resort Kuantan
Instagram: De Rhu Beach Resort
Website: derhu.com.my
No. Telefon: 09-5579000
5 Ulasan
Seronok tpt mcm ni..mak pak n anak2 pun pasti suka
BalasPadamMmg best buat family day kat situ, semua lengkap
BalasPadamnak kena repeat pergi nih... adik beradik ajak p bulan 4...
BalasPadamWahh bestnya..kolam tu yang memanggil2 tapi tak sempat nak g mandi..anak2 jer yg mandi..
BalasPadamBest sangat resort ni terutama kolamnya. Kena datang bercuti pulak ni.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.