BERKENALAN DENGAN PENULIS MAYA IRIS.... BERSAMA " FUGITIF "NOVEL TERBAHARU BELIAU.



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...


Hai Reader semua...

Selamat berhujung minggu dan bercuti sempena CNY... Ramai yang mengisi masa cuti dengan balik ke kampung dan plan macam-macam dengan family ohhhh syoknya... tapi bagi yang kene berkerja tak mengapa jalankan tanggung jawab anda dengan ikhlas yea.... kerana berkerja juga adalah satu ibadah...

Throw back balik pada 16 Januari yang lalu, bertempat di MPH Alamanda Putrajaya. Bonde telah menghadiri :

SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENULIS MAYA IRIS



BIODATA PENULIS MAYA IRIS


Sedikit Biodata tentang Penulis Maya Iris,  Berasal Klang Selangor... Beliau merupakan lulusan Saujana Sains Komputer Dari Southern lllinois University Carbondale USA.

Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan lima Orang cahaya mata.  Kini memegang jawatan sepenuh masa di sebuah Syarikat telekomunikasi tempatan.  Beliau adalah seorang Penulis yang kreatif dan produktif.

Selain dari Novel Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami dan Fugitif beliau juga ada menghasilkan dua buah buku islami berjudul Curahan Cinta Negara. (2007) dan Ku Seru Namamu Kekasih (2008).



SESI KUPASAN NOVEL FIGITIF

Menakluk dunia. Itu agenda  Konsortium Untuk mempersembahkan kepada 'Raja Besar' yang berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup.

Namun, perancangan itu terencat akibat campur tangan tidak sengaja dua orang rakyat Malaysia.  Pasangan suami isteri ini harus dihapuskan dengan  apa cara sekalipun.

================================================

Demi keselamatan Dr. Ehsan dan Nur Sayang menjadi perlarian tanpa rela.

"Jangan berpisah, selagi kita bersama, kita kuat"- Nur Sayang

Tragedi menimpa mereka. Mereka terpaksa melarikan diri lagi.  Bersembunyi di sebuah tempat terpencil.  Namun, igauan ngeri itu belum berakhir.

Serangan Konsortium terhadap ahli keluarganya membuatkan DR. Ehsan kembali Mesir. Meminta pertolongan Arielle.  Tapi, bayaran yang diminta adalah perpisahan dengan isteri tercinta.

"Kita mesti berhadapan dengan realiti, sayang.  Sampai bila kita mahu hidup dalam alam fantasi?  Hidup dalam mimpi? Hidup dalam angan-angan? Setiap kisah dongeng. ada pengakhirannya.  Bagi kita, kisah berakhir hari ini". Dr. Ehsan.

Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup? Bertemukah mereka akhirnya?  Berjayakah Konsortium merealisasikan agenda mereka?


Terima kasih pada hadiah yang diberikan.... Bonde suka sekali hadiah Novel Fugitif...


Sesi tandatangan novel....







Terima kasih kepada Penerbitan Buku So kerana menjemput Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk memeriahkan Majlis. 

Saidila, Bonde & Kak Dell.


Sesi bergambar bersama Penulis Maya Iris.


Bonde sedang membaca kesinambungan novel ini, dari yang Pertama - Mahar Cinta Cinderella, Yang Kedua - Konspirasi Suami, Yang Ketiga- Fugitif.

Apabila ianya habis Bonde akan kongsikan... review Bonde, anda semua jangan lupa baca yea...

Untuk anda yang berminat nak dapatkan Novel FUGITIF ini anda boleh dapatkan di :
www.bukuso.com

Dan dikedai-kedai buku berhampiran anda:
MPH BOOKSTORE, POPULAR,  KINOKUNIYA, HASANI, BORDERS, BOOKCAFE, GALLERY BOOK STORE, SMO BOOKSTORES.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. hheheh kak mariah nih .. satu ofis dengan dia dahulu. IT developer yang power tau...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.