40 PELAJARAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Disini Bonde kongsikan :

40 PELAJARAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW

Sempena Maulidur Rasul tahun ini, 12 Rabiul awal 1438 H,  Mari sama-sama baca dan fahami 40 pelajaran yang perlu kita amalkan dan kehidupan seharian, ada kalanya Bonde sendiri suka tangkap muat dan belasah sahaja.  

Pada hal ianya telah diajar oleh Rasullullah sejak dahulu lagi. 



40 PELAJARAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW


01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu Fajar dan Ishraq . Asar dan Maghrib . Maghrib dan Isya.

02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.

04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.

05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi.

06. Jangan mematah-matahkan jari anda. 

7. Periksa kasut anda sebelum memakainya.

08. Jangan mendongak ketika sedang solat.

09. Jangan meludah didalam tandas.

10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.

11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain

12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.

13. Jangan meniup makanan yang sedang panas . Sebaliknya anda boleh mengipasnya.

14. Jangan mencari kesalahan orang lain.

15. Jangan bercakap diantara waktu Azan dan Iqamat.

16. Jangan bercakap didalam tandas.

17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.

18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.

19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.

20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.

21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.

22. Jangan menipu sepanjang masa.

23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.

24. Berkata dengan jelas . Agar orang lain boleh fahami apa yang anda katakan.

25. Hindarkan berjalan sendirian.

26. Jangan membuat keputusan sendiri . Tapi rujuk pada yang arif.

27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.

28. Jangan mencela makanan anda.

29. Jangan bermegah(sombong).

30. Jangan menghalau pengemis.

31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.

32. Sabar ketika dalam kesusahan.

33. Membantu dengan tujuan yang baik.

34. Muhasabah diri dan bertaubat.

35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.

36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada disaat ini.

37. Jangan tidur berlebihan . Ini akan menyebabkan penyakit lupa.

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari(istighfar).

39. Jangan makan dalam gelap

40. Jangan makan dengan mulut yang penuh. 

Hantarkan lah pada sahabat anda . Untuk mengingatkan mereka . Semoga Allah merahmati kamu . Amin


~ Bonde senyum riang ~


Catat Ulasan

0 Ulasan