Assalamualaikum Dan Selamat Petang
Haaa Syukur Alhamdulillah Kami semua dah sampai Airport Langkawi tau, Sementara tunggu Jelin & Ipah selesaikan bayaran dengan owner kereta yang kami sewa, Wefie dululah...
Nampak tak Bonde tu, pegang peta besar Langkawi haru sangat, takut sesat ke? terlebih teruja ke ?
Kali ni kami sewa kereta Serena muat 6 orang Dahlah selesa...happy sangat...
Keluar dari Airport Langkawi, Kami pergi ke Pantai Chenang untuk Check in Hotel... Hotel yang kami ambik ni rasanya dah 2 kali Bonde datang... Sebab apa Hotel ni murah, selesa dan dekat dengan semua kemudahan yang ada..
HOTEL LANDCONS PANTAI CENANG
Tengok Hotel ni dekat sini : Landcons Hotel Booking : www.booking.com
Reception Hotel
Pandangan dari atas
Bilik Kami mempunyai 2 katil Quen, disebabkan kami berenam hanya perlu tambah 2 lagi extra tilam, 2 orang kene tido bawah nampaknye.
Lepas Check in Hotel kami nak pergi makan tengahari... Memandangkan jam menunjukan jam 4.00 petang, Sebenarnya dah lewat waktu tu untuk makan tengahhari dah layak panggil minum petang... Hajat kami nak makan dekat Warung Pak Malau tak kesampaian..rupanya tutup pada petang hari ianya hanya dibuka pada waktu pagi... So... Kami makan Mc Donal jer lah.
Haru jugak sebab tekak teringin makan ayam McDonal's masa tu tapi dah habis nak buat macam mana? dalam berpikir dan berkira nak makan apa last-last orderlah :
Set Burger yang baharu di McDonal's :
RIO BURGER McDONAL'S
Discover the colourful taste of Brazil with the NEW Rio Burger.
Succulent chargrilled beef patty, special Rio sauce with a tinge of spiciness and a burst of fresh vegetables.
The NEW Rio Burger is a carnival in every bite!
Succulent chargrilled beef patty, special Rio sauce with a tinge of spiciness and a burst of fresh vegetables.
The NEW Rio Burger is a carnival in every bite!
Burger ni boleh tahan sedap, agak pedas... 1 set dalam RM 15.00 macam tu, ada Burger Rio, fries dan air Fanta Frozen lagi..
Guna Pic dr web McDonal's sebab terlupa dan ambik pic masa tu... baca sini :
Things To Do In Rio
Bila dah kenyang semua... Suka hati... Eh mana pula Bonde hilang ni...
Awwww Chak ada je sebenarnya, tapi masa tu... tengah ngap burger.. he he he tengok mulut tu kembong penuh roti dalam tu he he he.
Macam-macam gaya bila perut sudah kenyang.
1 Ulasan
next entry please..hehe
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.