Assalamualaikum Dan Selamat tengahari
Sambung cerita #Trippulau sebelum ni shopping dekat Idaman Suri ni nak cerita shopping coklat pulak dekat Kompleks Haji Ismail Group atau lebih dikenali dengan nama HIG.
SHOPPING COKLAT DI HIG
Menarik mengenai HIG boleh baca di sini : Haji Ismail Group atau Bonde ada share dari derektori HIG baca di bawah :
HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD adalah syarikat bumiputera sepenuhnya dan telah diperbadankan secara rasmi pada 16 NOV 2009 di bawah Akta Syarikat 1965. Mempunyai seramai 8 orang pemegang saham yang terdiri daripada ahli keluarga Arwah Haji Ismail bin Ahmad.
Syarikat ini di tubuhkan bertujuan untuk menguruskan perjalanan dan hala tuju anak-anak syarikat supaya berjalan lancar dan seiring dengan misi syarikat untuk menjadi sebuah syarikat peneraju utama dan mampu bersaing di pasaran global setanding dengan syarikat gergasi lain.
HIG Langkawi Holdings Sdn Bhd mempunyai tiga (3) anak-anak syarikat dan satu (1) syarikat berkaitan Pengarah.
1. PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD
Menjalankan Perniagaan Runcit dan borong. Ditubuhkan pada tahun 2005 bersempena pengambilalihan syarikat asal Haji Ismail Group yang ditubuhkan pada tahun 1987. Kini Syarikat ini mempunyai 5 cawangan kedai. 4 beroperasi di Bandar Kuah manakala 1 lagi beroperasi di Kompleks Jetty Point. Produk utama adalah barangan bebas cukai yang terdiri dari pelbagai jenis Coklat, Barangan Dapur, Bagasi dan Batik serta Pelikat. Dibuka seawal jam 8.00 pagi untuk kedai yang beroperasi di Jetty Point Langkawi dan jam 9.00 pagi bagi lain-lain cawangan.
2. HIG PROPERTY SDN BHD
Aktiviti utama adalah didalam bidang pembinaan bangunan dan kemajuan Hartanah. Ditubuhkan pada 13 Oktober 2005 . Syarikat telah menyiapkan projek Kompleks Komersil pada 21 Mac 2013 yang mempunyai 1) Tempat letak Kereta ( tingkat sub basement) 2) 2 tingkat Kompleks Perniagaan (tingkat bawah dan tingkat 1) dan sebuah Hotel bertaraf 3 bintang pada 13 November 2013.
Syarikat juga telah membina 1 blok bangunan bazar perniagaan setingkat yang mengandungi 24 unit gerai perniagaan dan 4 unit gerai makan serta lain-lain kemudahan.
3. HIG TRAVEL & TOURS SDN BHD
Ditubuhkan pada 14 Jan 2010. Syarikat beroperasi sepenuhnya sejak HIG Hotel memulakan perniagaannya pada 13 November 2013. Objektif penubuhan adalah bagi memeriahkan sektor pelancongan yang semakin rancak berkembang pesat di Pulau Langkawi.
4. HIG Hotel (Langkawi) Sdn Bhd
HIG Hotel telah dibuka pada 13 November 2013. HIG Hotel terletak bersebelahan Kompleks HIG. HIG Hotel mempunyai 78 bilik yang terdiri daripada bilik Standard Hillview/Seaview, Junior Suite dan Hillview Suite.
Syarikat yang berkaitan Pengarah Syarikat:
PERNIAGAAN HAJI ISMAIL SDN BHD
Ditubuhkan pada 29 Februari 1996. Menjalankan perniagaan secara borong kepada peruncit-peruncit di sekitar Langkawi dan membekalkan barangan keperluan kepada Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Merupakan antara syarikat terbesar di Langkawi yang menjalankan aktiviti mengimport barangan bebas cukai. Antara barangan yang diimport adalah Coklat, pinggan mangkuk, barangan dapur, bagasi, batik, pelikat, tuala dan sebagainya.
Sebelum tangan dipenuhi plastik coklat baiklah bergambar dulu... hi hi hi semua pic ni dah diuploud dekat IG masing-masing...
Atul sempat pose sebelum masuk... Nampak keterujaan beliau disitu ha ha ha
Ipah pon sama selalu driver kene turun last sebab nak kunci kereta... dah tak sabar tu nak shopping coklat ha ha ha
Bonde pulak steady je... (ha ha ha) tak sabar juga sebenarnya nak borong coklat kiriman dari Kanda n Fatin dah ada... Bonde kurang memborong coklat sebab kene beringat tak ambik luggage.
Eh mana 3 orang lagi ni.. dah hilang... rupanya diorang dah shopping dekat dalam HIG... lekasnya diorang.. (hi hi hi penuh bakul dah)
Pepero Sekarang dah ada cop Halal dari luar negara!
Model Pepero Yantie
Aksi-aksi selepas puas memborong coklat mood happy hi hi hi
Jumpa next entri tau... citer seterusnya JJCM Shell Out di Pantai Chenang...
5 Ulasan
wah syoknya bonde..happy holiday ..hehehe banyak borong aihhh
BalasPadamm&M tu peberet anak
BalasPadamsalam..
BalasPadamyaya singgh melawat kat sini..
lamanya xpergi langkawi..
p sana klo xbeli coklat mmg xsah..huhu
kalau pi Langkawi, x sah kalau x singgah di HIG beli coklat, cuci mata d Idaman Suri: D
BalasPadamamboii..sakan noh..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.