Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai.. Nak story tentang #trippulau Bonde yang lepas pada 3 Ogos - 5 Ogos 2016 (Rabu-Jumaat)... Kali ni, sekali lagi perjalanan menaiki Air Asia tambang murah, Kalau nak tahu harga tiket kali ni memang sangat-sangat murah jumlah pergi balik (Kuala Lumpur - Langkawi) adalah RM 20 sahaja..
Tiket RM 20 di tempah tahun lepas, masa tu Air Asia buat promosi... anda Kalau nak harga tiket murah kene rajin-rajin masuk web www.airasia.com tau!
Masa tahu dapat tiket harga murah macam tu.. memang melompat-lompatlah keriangan... yahuuuuuuu yabedabeduuuuuu memang jimat sangat. mana nak dapat harga tiket semurah itu... Terima kasih Atul selaku tukang booking tiket Air Asia.
Geng Langkawi berenam kali ni dianggotai oleh Yantie, Jelin, Adik, Ipah, Atul Dan Bonde. Walaupun hanya berenam, Kami sudah cukup memeriahkan dan menghavockan suasana. hu hu hu
Memandangkan penerbangan Kami pada jam 1.55 petang, jadi kami dah berkumpul di KLIA 2 pada jam 11.30 pagi.
Lepak-lepak dulu sementara tunggu pintu pelepasan di buka oleh pihak Kastam.
Perjalanan menuju ke Boading Pass Area kene ke pintu J12
Bila dah masuk boading Pass Area, masing-masing kene hantar report dekat family masing-masing dan tak lepas juga yang masih terima list kiriman coklat dari rakan-rakan dan ahli keluarga...
Ini Atul selaku tukang booking tiket
Ini Adik
Jelin dan Yantie
Yang tak ada dalam gambar ialah Ipah sebab semua gambar diatas dia yang snap!
Ok Dalam flight Pulak... Bonde memang pilih nak duduk tepi tingkap kali ni... nak tengok pemandangan luar jendela kononnya... Selfie sekali :)
Dan... Wefie sekali...
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.