Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
Tak Sabar sudah rasa kaki ni nak berjalan ke Floria, memang setiap tahun tak lepas peluang... Pergi Floria Putrajaya. Tak dapat lupa keindahan musim bunga. masa tu, Perasaan kejap macam bukan berada di Malaysia, macam berada kat Luar Negara.
Sebelum ke Floria, nak tahu info-info apa yang menarik bolehlah baca artikel-artikel yang Bonde copy paste ni...
Info : UTUSAN.COM
PUTRAJAYA 3 Feb. – Festival Floria Diraja Putrajaya kembali lagi. Kali ini menampilkan bunga kekwa sebagai tema utama sepanjang festival itu berlangsung dari 27 Mei hingga 4 Jun ini di Anjung Floria, Presint 4.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail berkata, Floria Diraja Putrajaya 2016 yang bertemakan ‘Keajaiban Dunia Floria’ akan mempamerkan lebih 400,000 pokok bunga pelbagai spesies, selain tiga tarikan baharu berbanding edisi penganjuran pada tahun lalu.
“Tiga kelainan tersebut ialah pameran The Magic of Bonsai & Suiseki, Taman Muzika dan Terrarium Tropical Magic in the Glass.
“Misalnya tahun lalu Floria Diraja Putrajaya membawa kelainan iaitu taman empat musim, namun kali ini mengetengahkan Taman Muzika yang menggunakan teknologi terkini dari Eropah,” katanya dalam sidang akhbar Floria Diraja Putrajaya 2016 di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengarah Urusan Putrajaya Floria Sdn. Bhd., Haslinda Khalid.
Menurut Hasim, buat julung kalinya festival bunga terbesar di Malaysia itu turut menganjurkan Dialog Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya pada 27 dan 28 Mei yang menghimpunkan pakar bidang hortikultur dengan masing-masing berpeluang untuk bertukar idea dan pengalaman.
Katanya, Floria Diraja Putrajaya 2016 mendapat sambutan peringkat antarabangsa menerusi penyertaan pereka bunga dan arkitek landskap dari pelbagai negara luar termasuk Australia, China dan Sepanyol yang mengambil bahagian dalam pertandingan rekaan taman dan gubahan.
“Beberapa anugerah seperti Piala Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya, Piala Taman Floria dan Piala Orkid Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya dijangka menjadi rebutan dalam kalangan pereka dan pengubah bunga,” katanya.
Pada masa sama, Hasim memberitahu, Taman Diraja yang kebiasaannya menjadi tarikan utama pada setiap lapan edisi penganjuran Floria Diraja Putrajaya bakal memberi kelainan tahun ini dengan menampilkan replika Istana Besar Johor.
Sementara itu Hasim berkata, Floria Diraja Putrajaya 2016 menyasarkan kehadiran sejuta pengunjung termasuk dari dalam dan luar negara, antaranya Singapura dan Thailand.
Ujarnya, festival itu akan dibuka kepada lawatan umum mulai 27 Mei hingga 4 Jun dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam dengan tempoh masa bagi hari Jumaat sehingga Ahad dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.
“Tiket-tiket bagi memasuki Floria Diraja Putrajaya 2016 ditetapkan RM7.50 bagi pemegang MyKad, RM22 (warga asing) manakala kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas (RM3.50) (pemegang MyKad) serta RM11 (warga asing).
“Harga tiket bagi memasuki Taman Magika ditetapkan sebanyak RM10.50 untuk dewasa manakala RM5.50 bagi kanak-kanak, OKU dan warga emas.
“Untuk memudahkan pengunjung, kaunter tiket masuk akan dibuka dua hari sebelum Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 berlangsung iaitu dari pukul 9 pagi hingga 7 malam,” ujar beliau yang memberitahu tiket juga boleh dibeli dalam talian bermula 1 Mac ini dengan melayari laman web www.floriaputrajaya.com.my.
Tarikan Istimewa
- Taman Diraja (Royal Garden)
- Magical World of Floria
- Musical Garden
- Taman Chrysanthemum
Festival Floria Diraja Putrajaya 2016
- Magical World of Floria
- Musical Garden
- Taman Chrysanthemum
Tarikh: 27 Mei 2015 sehingga 4 Jun 2015
Masa: 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin-Khamis) dan
9.00 pagi hingga 12.00 malam (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
Harga Tiket Festival Floria Diraja Putrajaya 2016:
Tiket Masuk Warganegara
- Dewasa (MyKad) - RM7.50 dan Kanak2 (MyKid 7-12 thn),
Warga Emas
-(60 tahun ke atas) & OKU - RM3.50.
Tiket Masuk Bukan Warganegara
- Dewasa (Non-MyKad) - RM22, dan Kanak2 (Non-MyKid 7-12 thn),
Warga Emas
(60 tahun ke atas) & OKU - RM11.
Tiket Masuk Magical Garden
- Dewasa - RM10.50 & Kanak2 (7-12 thn) - RM5.50
1 Ulasan
fae suka tgk flowers tapi kalo nak tanam flowers tu mungkin tak lah..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.