MENARIK : LEGOLAND MALAYSIA BINA REPLIKA LEGO MONKEY UNTUK "MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2016"






Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua...

Selamat berhunjung minggu...

Bonde nak berkongsi infomasi kepada anda semua, berkenaan :

LEGOLAND MALAYSIA BINA LEGO MONKEY TERBANYAK UNTUK MALAYSIA BOOK OF RECORDS


Mesti tertanya-tanyakan kenapa pilih Monkey??? kenapa tak pilih haiwan lain.. baiklah Bonde jelaskan, mengikut kalender cina tahun ini, Tahun Baru Cina tahun ini adalah bersempena dengan Tahun Monyet (Mengikut kepercayaan kaum budha).

Oleh sebab itu, 

Legoland Malaysia, mengambil idea tersebut untuk mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records iaitu membina replika "Lego Monkey" terbanyak sebagai Record Malaysia.

Pada Jumaat, 22 Januari 2016 yang lepas, Legoland telah mengadakan Majlis Pelancaran dan Perasmian.  Legoland telah menjemput berberapa wakil Media dan Blogger untuk hadir pada perasmian tersebut. 


City Stage, Legoland Theme Park dimana perasmian akan di adakan, cantik dan menarik sekali pentas ni.  Rasa dah dekat sangat Tahun Baru Cina.

          

Ucapan selamat datang dan kata aluan dari Mark Germyn, General Manager Legoland Malaysia.
Beliau mempelawa semua pengunjung yang datang ke Legoland untuk sama-sama membina "Replika Lego Monkey" bagi mencapai hasrat Legoland untuk menempah nama dalam  "MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2016"

         

 Ketua Pengarah Tourism Malaysia iaitu Dato' Mirza Mohammad Taiyab. telah merasmikan Majlis pada hari tersebut.

Selepas Majlis Perasmian,
Kami telah dihiburkan dengan "Tarian Singa"




Sungguh menghiburkan "Tarian Singa" ini , bila tengok depan mata.  Meriah sekali.


Adengan acah-acah bagi buah limau.. ( Kene cepat-cepat ambil limau, Dato' Mirza nanti kene gigit dengan singa tak tahu ...)

 

  Selepas tarian singa tersebut tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu:

Membina Replika Lego Monkey


Untuk merealisasikan impian tersebut, Sebanyak 2,016 Replika Lego Monkey perlu dibina bagi mencapai sasaran untuk "Malaysia Book of Records".


Bonde bersama rakan blogger Media dan wakil Malaysia Book of Records yang lain turut sama membina Replika Lego Monkey tersebut. 

Senang nak bina Lego Monkey ni sebab ada toturial@ panduan langkah demi langkah nak pasang 20+ step by step.



Sebelum dan selepas penyediaan Replika Lego Monkey



Bonde tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Replika Lego Monkey yang telah siap. ( Rasa bangga tidak terucap!)



Tahniah Legoland! Kerana berjaya mencipta nama di dalam Malaysia Book of Records






Untuk Sesi kedua pula....

Lunar New Year Celebration



 - Majlis Makan tengahari Bersama Ybhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng.




Kami dihidangkan dengan sajian menu "Yee Sang"



"Yee Sang Salmon"



Yee Sang adalah dari hasil sayur-sayuran


Yang ni pula gambar di meja Bonde pertama kali mencuba untuk gaul-gaul Yee Sang yang dihidangkan dengan menggunakan "chop stik".

Meriah sekali... pengalaman makan Yee Sang, yang tak akan dilupakan!




Sebelum sesi berakhir,

Sempat bergambar kenang-kenangan bersama wakil Legoland Malaysia dan wakil Malaysia Book of Records.



Kami wakil Kelab Blogger Ben Ashaari


Good Luck Legoland Malaysia!!


Untuk pengetahuan Semua....


Legoland Malaysia mengadakan promosi yang menarik dengan menawarkan 1/2 harga kepada yang membawa kawan.

Promosi ini bermula dari 12 hb Januari  dan berakhir 5 hb Februari 2016. Sesiapa yang membeli promosi ini akan mendapat 'Lunar New Year Commemorative brick'.


Promosi dari Legoland Malaysia :

  1. Bawa kawan dengan separuh harga! (Sah dari 12 Jan - 5 Feb 2016) 
  2. Beli '3 percuma 1' pas tahunan! (Sah dari 12 Jan - 29 Feb 2016)
  3. Retail Promotion - Sebarang pembelian lego akan mendapat paket angpow lego dan hadiah monyet ekslusif (Sah dari 5 Feb - 14 Feb 2016) 
  4. Pemegang Kad Maybank boleh menikmati penjimatan sebanyak RM60 apabila membeli sebanyak 4 keping tiket dan layak mendapat limited Lunar New Year brick.


Terima Kasih Legoland Malaysia, Bonde dah dapat cenderahati dari Legoland, 

Jadi, anda semua jangan lepaskan peluang Ke "Legoland" yea....

Untuk maklumat lanjut :

Website: www.LEGOLAND.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia/
Facebook: www.facebook.com/LEGOLAND.my
Hotline (Daily 9am - 7pm): +607 597 8888
Email: info@LEGOLAND.my



Kredit Photo :

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. wowww yee sang salmon tu bestnya....best legoland nanti nak gi lah sini bunda

    BalasPadam
  2. Bila la dapay jejak ke sana. Apapun Tahniah Legoland Malaysia.

    BalasPadam
  3. memang best kan.. tahniah buat Legoland, Mendapat tempat dalam The Malaysia Book Of Record dalam LEGO MONKEY terbanyak...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.