Assalamualaikum dan selamat malam...
Sebelum ini, memang Fatin pernah bagi tahu Bonde, hasratnya nak pergi Legoland. Bonde jawab Insya'Allah satu hari nanti kita pergi sama-sama.
Dialog Bonde dan Fatin
Fatin : Bonde, Atin teringin nak pergi Legoland, macam seronok sahaja tengok FB Fara (kawan Fatin) dekat Legoland.
Bonde : Ye la nanti kita pergi. Doalah ada rezeki nanti.
IMPIAN FATIN NAK KE LEGOLAND JADI KENYATAAN
Bila dapat tahu, Jumaat lepas 22 Januari 2016 Bonde nak bawa pergi Legoland.. teruja sangat sampai tak tidur nak pergi Legoland punya pasal.
Bonde menaiki bas yang disediakan oleh pihak Legoland, perjalanan bermula dari Terminal Bersepadu Selatan @TBS ke Legoland memakan masa lebih kurang 4 jam, bertolak pada pukul 5.30 pagi dan singgah solat subuh di kawasan rehat Jejantas Ayer Keroh, sampai di Legoland lebih kurang jam 9.00 pagi.
Menghadiri event jemputan Legoland untuk blogger dan media. Untuk cabaran membina 2,016 Replika Lego Monkey bagi mencapai sasaran untuk "Malaysia Book Of Records". Event memakan masa lebih kurang 2 jam.
Muka teruja bila dah sampai Legoland wajib ambik gambar dulu...
Bonde pon teruja jugak sebab pertama kali jugak sampai Legoland (sama macam Atin)
Jom register dulu... MEDIA REGISTRATION dibina mengunakan Lego juga... kagum sekejap... belum masuk lagi perasaan dah macam-macam pikir...
(slow-slow Bonde jangan gelojoh yea)
Disudut tepi meja pendaftaran ada disediakan beberapa part lego untuk kita pilih dan sambungkan setelah itu hasilnya boleh dibawa balik....
Zaman kanak-kanak bonde dulu panggil blog lego ni kavada... sama jer sebenarnya dengan lego bentuknya.
Yeayyy dapat 1 lego...
Fatin pun buat jugak...
Antara hasil yang telah dibina...
Sementara menunggu giliran untuk masuk bergambar kenangan dengan maskot Lunar New Year Ninjago namanya
Bonde bersama maskot Ninjago
Kalau nak tahu harga tiket nak masuk Legoland ni, ada Bonde sertakan sekali untuk anda tengok dan buat pilihan.
Website: www.LEGOLAND.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia/
Facebook: www.facebook.com/LEGOLAND.my
Hotline (Daily 9am - 7pm): +607 597 8888
Email: info@LEGOLAND.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia/
Facebook: www.facebook.com/LEGOLAND.my
Hotline (Daily 9am - 7pm): +607 597 8888
Email: info@LEGOLAND.my
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.