RESEPI SUP TULANG AIDILADHA



Baiklah seperti yang dijanjikan... Bonde nak kongsikan resepi :

RESEPI SUP TULANG AIDILADHA




Bahan-Bahan :

Tulang lembu 3 kilogram
1 senduk Rempah Sup Adabi
5 Biji Tomato
2 Batang Lobak Merah
2 Batang Salery
1 senduk halia yang telah dikisar
2 senduk bawang yang telah dikisar
1/2 senduk bawang putih yang telah dikisar
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa maggi
daun bawang dan daun sup untuk hiasan.

Cara-caranya : 



Masak mengunakan kaedah merebus.


Basuh tulang lembu hingga bersih rebuskan hingga air mendidih, untuk kali pertama buangkan air yang telah mendidih tadi dan cucikan sedikit tulang lembu tersebut ini adalah untuk membuang semua lemak dan kolestrol terdapat pada rebusan air pada permulaan.

Didihkan air dan tulang semula, masukan halia, bawang merah, bawang putih dan rempah sup, tutup periuk dengan tudung periuk hingga 1 - 1 1/2 jam untuk mendapatkan daging yang lembut. ( Bonde letak 3 batang sudu steal untuk mempercepatkan kaedah lembutkan daging)

setelah 1 - 1 1 /2 jam,

Buka tudung periuk masukan, lobak merah dan batang salery, tutup kembali dan biarkan lobak empuk selepas itu masukkan tomato, garam dan sedikit serbuk cukup rasa maggi.

Bila tomato telah layu, tutup api dan hidangkan bersama taburan daun sup dan daun bawang.

makan bersama sambal kicap.

Sup tulang ni, boleh dimakan bersama nasi dan nasi impit ikut kesukaan anda.

Selamat Mencuba :)



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan